Harian Metro

Samurai Biru ‘mengganas’

- Reuters

Jepun menyingkap tirai aksi Kumpulan H dengan bergaya apabila menewaskan Colombia 2-1 malam tadi sekali gus muncul pasukan Asia pertama yang mengatasi pesaing dari Amerika Selatan di Piala Dunia.

Pemain tengah Colombia, Carlos Sanchez dilayangka­n kad merah pada minit ketiga kerana sengaja menghalang bola dengan tangan - kad merah kedua terpantas dalam sejarah Piala Dunia.

Sanchez menjadi pemain pertama di Russia menerima kad merah - kedua terpantas sejak Jose Alberto Batista dari Uruguay mengalami perkara yang sama pada minit pertama ketika menentang Scotland di Piala Dunia 1986.

Shinji Kagawa menyempurn­akan penalti untuk membolehka­n Jepun mendahului 1-0 pada minit keenam tetapi Juan Quintero menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma kencang sebelum tamat babak pertama.

Pemain Borussia Dortmund itu tidak berdepan masalah dengan tindakan penjaga gol Colombia, David Ospina yang cuba melengah-lengahkan sepakan penalti apabila tenang melakukan rembatan untuk meletakkan Jepun di depan pada minit keenam.

Tersentak dengan jaringan awal itu Colombia cuba untuk menukar percaturan pada minit ke-31 dengan membawa masuk Wilmar Barrios menggantik­an Juan Cuadrado pada minit ke-31.

Selepas rehat, Jepun menggandak­an asakan sambil rata-rata pemain Colombia keletihan dan Yuya Osako menghasilk­an gol kemenangan menerusi tandukan pada minit ke-73.

Pemain tengah Colombia, James Rodriguez yang tidak disenaraik­an ke dalam kesebelasa­n utama akibat kecederaan otot, masuk menggantik­an Quintero pada minit ke-59 tetapi gagal mengubah keputusan perlawanan.

 ??  ?? JURULATIH Samurai Biru , Akira Nishino (kanan) bersorak selepas skuadnya menjaringk­an gol.
PENYERANG Jepun, Yuya Osako (dua dari kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan.
JURULATIH Samurai Biru , Akira Nishino (kanan) bersorak selepas skuadnya menjaringk­an gol. PENYERANG Jepun, Yuya Osako (dua dari kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia