Harian Metro

Peluang ‘gigit’ Arab Saudi

- AFP

 Suarez teruja rai penampilan ke-100 dengan penuh gaya

Buat seorang pemain yang sering menjadi tajuk utama akhbar, sudah tentunya wajar untuk Luiz Suarez membuat penampilan ke-100 bersama Uruguay di Piala Dunia.

Penyerang Barcelona itu kurang menyerlah, namun akan membuat kemunculan bersama Celester apabila Uruguay dijadual bertemu Arab Saudi di Rostov-on-Don dalam aksi kedua Kumpulan A, malam ini.

Perlawanan itu seharusnya tidak meninggalk­an masalah dan mungkin menjamin Uruguay untuk mara ke pusingan kalah mati, manakala penyokong Suarez sedar tidak ada yang istimewa bakal berlaku nanti.

Dua edisi Piala Dunia sebelum ini menyaksika­n Suarez terkeluar dengan penuh keaiban.

Pada 2010, penyerang itu diarah keluar padang selepas ‘menyelamat­kan’ pasukan pada saat akhir ketika menentang Ghana, sekali gus membantu mereka daripada kekalahan dan mara ke pusingan empat terbaik.

Insiden berkenaan menjadi tular sehingga memiliki entri di Wikipedia - Suarez dalam pada itu menggambar­kan yang ia sebagai aksi terbaik kejohanan - namun ia bukan sesuatu yang berulang empat tahun kemudian. Pada 2014, dia digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama empat bulan selain didenda selepas menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini - insiden gigitan ketiga dilakukan dalam kariernya.

Pemain Uruguay mengkritik cara Suarez dilayan pihak berwajib bola sepak, namun aduan mereka tidak menerima simpati daripada negara luar.

Biarpun Suarez sering menjadi topik kontrovers­i, pemain berusia 31 tahun itu mempunyai rekod sebagai penjaring terbanyak Uruguay, meledak 51 kali dalam 99 perlawanan.

Lima daripadany­a dihasilkan di Piala Dunia dan biarpun berdepan permulaan hambar ketika menang 1-0 ke atas Mesir, perlawanan menentang

Arab Saudi nanti mungkin menghidang­kan peluang untuknya meraikan penampilan ke-100 dengan penuh gaya.

Uruguay mungkin melakukan pertukaran dalam barisan tengah, membawa masuk Carlos Sanchez dan Cristian Rodriguez untuk membantu Nahitan Nandez dan Giorgian De Arrascaeta.

Arab Saudi yang masih berduka dengan kekalahan 0-5 di tangan tuan rumah Russia mungkin melakukan perubahan menyeluruh dalam usaha untuk terus kekal di temasya berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia