Harian Metro

Ronaldo makin membara

 Tak sabar robek gawang Maghribi, idam ulang aksi cemerlang ketika ledak hatrik ikat Sepanyol

- AFP

Cristiano Ronaldo bertekad untuk meneruskan aksi cemerlangn­ya sama seperti ketika dia membantu Portugal mengikat keputusan seri 3-3 dengan Sepanyol dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sabtu lalu.

Maghribi yang menjadi lawan Portugal di Stadium Luzhniki, malam ini pula mengharapk­an kemenangan selepas tewas 0-1 di tangan Iran.

Pada perlawanan dengan Sepanyol, Ronaldo meledak hatrik ke-51 sepanjang kariernya dan ke-51 dalam sejarah kejohanan, selain muncul selaku pemain keempat menghasilk­an jaringan berkenaan dalam empat edisi Piala Dunia.

Biarpun sudah menjulang trofi di Euro 2016, Portugal dilihat bukan sebagai pilihan utama di Russia, namun mampu melangkah ke pusingan 16 terbaik sekiranya meraih kemenangan ke atas Maghribi.

“Saya fikir kami lebih kuat berbanding Maghribi sekiranya ia dijadikan ukuran, tetapi saya tidak berkata yang ia akan menjadi perlawanan mudah buat kami,” kata penyerang, Andre Silva kepada media.

“Kami tidak boleh memandang rendah terhadap mereka dan harus mempunyai rasa hormat kepada mana-mana pasukan. Setiap perlawanan di Piala Dunia adalah sukar.”

Pertembung­an kedua-dua pasukan ini adalah yang kedua antara mereka selepas Maghribi menewaskan Portugal 3-1 dalam aksi peringkat kumpulan pada 1986.

Maghribi tidak dibolosi pada pusingan kelayakan dan kembali beraksi di Piala Dunia buat kali pertamanya sejak 20 tahun, namun harapan kemaraan ke pusingan seterusnya seakan tergugat apabila Aziz Bouhaddouz menjaringk­an gol sendiri pada minit ke-95 ketika menentang Iran.

Anak buah Herve Renard berdepan cabaran besar apatah lagi mereka bukan saja dijadual bertemu Portugal tetapi juga Sepanyol, namun bagi pemain tengahnya Faycal Fajr ia bukanlah satu ancaman buat pasukan.

“Sekiranya saya kata yang kami tidak percaya yang kami layak, ia mungkin satu penipuan,” kata Fajr. “Saya boleh berikan contoh, seperti Argentina seri (1-1 dengan Iceland). Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. (Portugal) Mereka juga mempunyai dua kaki dan mereka juga manusia seperti kami.

“Kami tewas satu perlawanan, tetapi masih belum kalah dalam peperangan ini. Kami belum mati.”

 ??  ?? RONALDO senjata utama Portugal raih tiga mata
menentang Maghribi.
RONALDO senjata utama Portugal raih tiga mata menentang Maghribi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia