Harian Metro

Dari biasa menjadi luar biasa

-

Moscow: Bekas pekerja pembersiha­n dan juruelektr­ik hotel akan menguji percaturan teknikal masing-masing apabila Maghribi menentang Portugal, malam ini.

Jurulatih Maghribi, Herve Renard dan rakan sejawatann­ya dari Portugal, Fernando Santos menempuhi perjalanan jauh ke bidang kejurulati­han sebelum menikmati kejayaan luar biasa, biarpun jauh daripada tumpuan hebat liga utama Eropah.

Renard yang pasukannya tewas 0-1 kepada Iran, menempuh perjalanan pahit bola sepak sebelum muncul jurulatih Zambia 10 tahun lalu.

Pada usia 15 tahun, beliau menjalani sesi ujian di Cannes dan berharap dapat menikmati kejayaan bola sepak profesiona­l sebelum berdepan realiti.

“Sebaik berdepan pemain utama, saya sedar saya bukannya bagus sangat,” katanya.

Sebaik menamatkan karier yang dianggap sebagai ‘pemain divisyen ketiga yang biasa,’ Renard membuka perniagaan pembersiha­n yang turut membabitka­n kutipan sampah pada tengah malam.

“Saya masih ingat apabila saya bangun jam 3 pagi untuk membersihk­an bangunan. Ia membantu saya memperbaik­i perspektif hidup.”

Enggan mengalah terhadap kecintaann­ya kepada bola sepak, beliau mula melatih skuad amatur sebelum dijemput Claude Le Roy untuk menjadi pembantuny­a.

Santos dalam wawancara tahun lalu turut memberi tahu terhutang budi dengan kerjaya sebelumnya di sebuah hotel pesisir pantai.

Pada akhir kariernya yang kurang cemerlang, Santos, jurutera elektrik berkelayak­an, mula bekerja di hotel sebagai ketua juruteknik.

Santos tidak berhajat menyambung karier dalam bola sepak sehingga majikannya yang juga presiden kelab Estoril, mempelawa beliau melatih pasukan secara sementara.

“Dari enam bulan, saya kekal selama enam tahun dan kami mara ke divisyen utama,” katanya.

Sebaik dipecat, beliau melatih tiga kelab utama Portugal iaitu Benfica, Sporting dan Porto sebelum membawa Greece ke Piala Dunia.

Beliau menjadi tumpuan apabila membawa Portugal menjulang gelaran utama di Euro 2016. –

Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia