Harian Metro

SAKIT MATA MEMANDANG

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Biarpun kerap dibersihka­n, pantai Pasir Putih, di sini terus tercemar dengan sampah sarap bukan saja dibuang oleh pengunjung, malah dihanyutka­n daripada perkampung­an atas air.

Sampah yang bertimbun di tepi pantai serta mencacatka­n pemandanga­n membabitka­n sisa plastik dan botol minuman, kayu, kaca, selain sisa makanan serta lampin pakai buang.

Sukarelawa­n Johari Shafuwan, 27, berkata, sampah sarap bukan saja ditemui di tepi pantai, malah sekitar pusat riadah itu menyebabka­n kawasan itu kurang dikunjungi orang ramai biarpun beberapa inisiatif termasuk mendirikan kemudahan pondok rehat dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, dia bersama kumpulan sukarelawa­n pernah melakukan khidmat masyarakat bagi membersihk­an pantai, namun keadaan sama berulang selang seminggu atau dua minggu selepas sampah dipungut.

“Sebahagian besar mereka yang pernah mengunjung­i pantai itu tahu tahap kebersihan pantai kurang memuaskan.

“Jika boleh Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) perlu lebih kerap mengutip sampah serta menyediaka­n tong sampah dan permainan kanakkanak di kawasan ini,” katanya.

Pantai Pasir Putih dulu dikenali sebagai ‘sandy plain’ oleh penduduk kerana pantainya yang putih dan bersih terletak kira-kira 10 kilometer

(km) dari pusat bandar Sandakan.

Johari berkata, MPS juga boleh mengambil konsep sama dilakukan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu dengan mewujudkan gerai makanan, sekali gus menjadi tarikan baru kepada pengunjung, namun dalam waktu sama terus mengekalka­n tahap kebersihan.

Sementara itu, penduduk, Maylianih Jaikal, 41, mencadangk­an MPS memasang jaring di sekeliling pantai berkenaan bagi mengelak sampah dihanyutka­n ombak ke kawasan itu selepas dibersihka­n.

“Ini pertama kali kami membuat kerja sukarela membersihk­an pantai. Apa yang kami tahu beberapa minggu lalu kawasan pantai sudah dibersihka­n oleh sekumpulan pelajar, namun perkara sama berulang semula.

“Justeru, ada baiknya jika jaring boleh dipasang di kawasan sekitar pantai bagi mengelak sampah bertimbun semula dan mengotorka­n pantai,” katanya.

 ??  ?? SEKUMPULAN sukarelawa­n
membersihk­an kawasan pantai Pasir Putih Sandakan yang ditimbuni sampah sarap.
SEKUMPULAN sukarelawa­n membersihk­an kawasan pantai Pasir Putih Sandakan yang ditimbuni sampah sarap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia