Harian Metro

‘Penat saya kumpul harta’

 Kediaman diceroboh ketika keluar berhari raya

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

Kemeriahan sambutan Aidilfitri seorang kakitangan Jabatan Bekalan Air negeri di Selumit di sini, bersama ahli keluarga bertukar duka apabila kediaman mereka diceroboh penjenayah, kelmarin.

Mangsa, Persi Saperi, 43, berkata, kejadian itu disedariny­a sebaik dia pulang ke kuarters kediaman pekerja berkenaan selepas mengunjung­i rumah saudara sempena Aidilfitri, pada jam 6.45 petang.

Beliau berkata, penjenayah itu memasuki kediaman melalui dapur selepas mengumpil tingkap.

“Saya terkejut selepas mendapati keadaan dalam rumah yang berselerak, manakala tingkap di bahagian dapur terbuka.

“Saya kemudian memeriksa seluruh rumah dan mendapati beberapa barangan, termasuk televisyen dan tong gas hilang,” katanya semalam.

Persi berkata, beliau percaya kejadian itu berlaku antara jam 4 hingga 6 petang, kerana ketika itu mereka keluar berhari raya di rumah keluarga.

“Saya juga percaya jenayah pecah rumah itu dilakukan lebih daripada seorang penjenayah. Kejadian seperti ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan kuarters kediaman kakitangan awam.

“Saya berharap pihak berkaitan meningkatk­an kawalan keselamata­n untuk mencegah kegiatan jenayah daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata, walaupun jumlah kerugian yang dialaminya dianggarka­n berjumlah RM1,200, dia kesal kerana barangan yang hilang dibeli hasil titik peluhnya.

“Penjenayah senang-senang saja mengambil harta yang kami kumpul. Saya tidak akan maafkan mereka kerana mengambil harta benda kami itu,” katanya.

Persi berkata, beliau membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Tanjung Manis, petang kelmarin.

FAKTA

Penjenayah masuk kediaman

melalui dapur selepas mengumpil

tingkap

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa di kuarters yang didiami keluargany­a selepas dipecah masuk di Jabatan Bekalan Air Selumit, Tanjung Manis.
KEADAAN rumah mangsa di kuarters yang didiami keluargany­a selepas dipecah masuk di Jabatan Bekalan Air Selumit, Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia