Harian Metro

Kembara 10 jam dandan rambut

- Goh Pei Pei cnews@nstp.com.my

 Persatuan Kebajikan Harapan Kuching bawa sukarelawa­n periksa kesihatan masyarakat Penan

Kesulitan masyarakat Penan yang tinggal jauh di pedalaman Ulu Baram di Miri mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan dipermudah­kan apabila mendapat perhatian Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place Kuching).

Pengasas Hope Place Kuching, Kelvin Wan berkata, beliau menyedari kesulitan dihadapi penduduk minoriti itu ketika membuat tinjauan di beberapa penempatan di negeri ini, Februari lalu.

Beliau berkata, pada mulanya tinjauan itu diadakan bagi mengenal pasti jumlah penduduk yang memerlukan bantuan makanan.

“Tetapi, kami menyedari penduduk kampung memerlukan lebih daripada bantuan makanan kerana ada antara mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan kebanyakan rumah tidak mempunyai bekalan elektrik dan air,” katanya kepada wartawan.

Justeru, Kelvin berkata, beliau bersama lebih 100 sukarelawa­n termasuk doktor, doktor gigi, jururawat dari Hospital Umum Sarawak di sini, dan Persatuan Profesiona­l Kejururawa­tan Sarawak (SNPA) dan ahli farmasi, selain pendandan rambut mengunjung­i penempatan masyarakat Penan itu. Beliau berkata, rombongan sukarelawa­n itu, termasuk dari Semenanjun­g, Brunei dan Sabah berkumpul di Miri sebelum memulakan perjalanan selama 10 jam ke Ulu Baram. “Saya gembira dengan sambutan sukarelawa­n dari seluruh negara begitu juga dari Brunei untuk menyertai pengembara­an yang kami lakukan dengan menaiki 35 kenderaan pacuan empat roda.

“Sepanjang pengembara­an ke tiga penempatan masyarakat Penan iaitu di Long Slang, Long Ludin dan Long Selulung, kami menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan, perkhidmat­an pergigian, rawatan rambut dan menghapusk­an kutu rambut untuk anak,” katanya.

Kelvin berkata, pihaknya turut memasang panel solar untuk membekalka­n tenaga elektrik di penempatan masyarakat Penan itu yang tidak pernah melihat cahaya lampu elektrik sebelum ini.

“Saya akan kembali semula ke kawasan pedalaman itu pada masa depan untuk memastikan masyarakat Penan terus mendapat perhatian,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN yang diberikan persatuan kebajikan kepada masyarakat Penan di pedalaman Ulu Baram di Miri.
BANTUAN yang diberikan persatuan kebajikan kepada masyarakat Penan di pedalaman Ulu Baram di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia