Harian Metro

KUCING PERCUMA

- Khairul Najib Asarulah Khan news@nstp.com.my

 Setiap minggu kira-kira 100 kucing jalanan diserahkan kepada pemilik baru

Setiap minggu kira-kira 100 kucing jalanan diserahkan kepada pemilik baru melalui program Del Gato Cats Home, satu projek yang diasaskan pencinta kucing, Mastura Amanah, sejak Februari lalu.

Mastura, 35, berkata, program itu bertujuan untuk menyelamat­kan kucing terbiar, selain kucing yang tidak diinginkan lagi pemiliknya.

Katanya, dia terdetik melaksanak­an program itu selepas menyelamat­kan kucing jalanan yang sakit dan dipenuhi kurap pada hujung tahun lalu.

“Saya ambil kucing berkenaan dan memelihara­nya sehingga sembuh dan sejak itu terdetik di hati saya untuk menyelamat­kan kucing lain yang ditimpa nasib sama dengan membuka Del Gato Cats Home di Selayang.

“Bermula dari situ, saya juga mula menerima kucing daripada orang ramai (yang tidak mahu lagi memelihara kucing mereka). Mereka yang menyerahka­n kucing dikenakan bayaran antara RM60 hingga RM80 sebagai kos penjagaan dan rawatan,” katanya ketika ditemui.

Mastura berkata, setiap bulan dia menerima antara 400 hingga 500 kucing yang bukan saja kucing jalanan, bahkan kucing diserahkan pemiliknya atas pelbagai sebab seperti mempunyai banyak kucing di rumah dan berpenyaki­t malah disebabkan isteri pemiliknya mengandung.

Katanya, dia membelanja­kan RM10,000 bagi kos penjagaan kucing berkenaan setiap bulan.

“Saya terpaksa menambah 50 peratus daripada duit simpanan untuk membiayai penjagaan kucing terbabit.

“Walaupun mengeluark­an banyak belanja, saya sanggup melakukan apa saja membela nasib kucing ini,” katanya.

Menurutnya, setiap Jumaat hingga Ahad, dia membawa 30 kucing ke Mydin Seremban 2 di sini, untuk diberikan kepada orang ramai secara percuma sebagai keluarga baru.

“Program bermula jam 11 pagi sehingga 6 petang. Pada Jumaat dan Sabtu, dari jam 6.30 petang sehingga 12 tengah malam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG melihat kucing percuma di Mydin Seremban 2.
PENGUNJUNG melihat kucing percuma di Mydin Seremban 2.
 ??  ?? SKUAD Del Gato Cats Home, Norfalieza­h Saini, 29, membersihk­an kucing.
SKUAD Del Gato Cats Home, Norfalieza­h Saini, 29, membersihk­an kucing.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia