Harian Metro

JANNA NICK ‘SYOK’ TENGOK AKSI CR7

 Lihat idola Cristiano Ronaldo beraksi di Piala Dunia

- Najiy Jefri najiy.jefri@nstp.com.my Kuala Lumpur

Pengalaman manis takkan

dilupakan

Janna Nick

Pelakon Janna Nick teruja apabila berpeluang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Russia membabitka­n pasukan pilihannya, Portugal menentang Sepanyol di Stadium Fisht, Sochi.

Janna yang tiba di tanah air kelmarin berkata, walaupun tidak dapat menyambut Aidilfitri di sini bersama keluarga buat kali pertama, dia gembira apabila melihat bintang bola sepak idolanya, Cristiano Ronaldo beraksi di depan mata.

“Saya memang seronok kerana diberi peluang berada di tepi padang dan melihat secara dekat pemain melakukan sesi memanaskan badan.

“Saya memang meminati bola sepak sejak kecil. Jadi, apabila berpeluang menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung di depan mata, ia pengalaman manis yang takkan dilupakan,” katanya.

Janna berkata, walaupun perasaanny­a ketika itu bercampur-baur kerana terpaksa meraikan Aidilfitri di luar negara, masih ada kenangan manisnya.

Selain itu, Janna berpeluang menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 membabitka­n pasukan tuan rumah, Russia menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki, Moscow pada 14 Jun lalu.

Janna dibawa ke Russia oleh jenama telefon pintar, Vivo. Janna juga adalah duta bagi jenama itu bersama seorang lagi pelakon, Alvin Chong.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Vivo kerana sudi membawa dan menyediaka­n perkhidmat­an eksklusif sepanjang lapan hari berada di Russia,” katanya.

Janna berlepas ke Moscow 11 Jun lalu ditemani adiknya, Nurul Balqish, jurumekap, Sharhim Khan dan seorang wakil syarikat pengurusan­nya, LOL Entertaime­nt.

 ??  ??
 ??  ?? JANNA ketika diberi peluang berada di tepi padang melihat pemain melakukan sesi memanaskan badan.
JANNA ketika diberi peluang berada di tepi padang melihat pemain melakukan sesi memanaskan badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia