Harian Metro

TRAGEDI 2 BAS

-

Gerik: Seramai 30 penumpang termasuk seorang bayi cedera apabila sebuah bas dinaiki mereka terbalik di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampira­n Tasik Banding di sini, semalam.

Dua pemandu bas berkenaan dilaporkan turut cedera dengan seorang daripadany­a parah.

Ketua Polis Daerah Gerik Superinten­dan Ismail Che Isa berkata, kemalangan dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang di Kilometer 24 JRTB.

“Kemalangan membabitka­n 32 mangsa termasuk dua pemandu dan seorang bayi. Siasatan awal mendapati bas dari arah Jeli (dari Terengganu) ke Gerik (menuju Kuala Perlis).

“Ketika tiba di lokasi kemalangan iaitu kawasan menuruni bukit dan selekoh, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang sebelum terbalik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ismail berkata, pemandu bas berkenaan parah di

HbahAagRia­InAkeNpalM­a sEemTeRntO­ara pemandu kedua dan 30 penumpang lain turut mengalami kecederaan termasuk ada yang parah.

“Polis belum dapat jumlah sebenar mangsa yang parah dan cedera ringan kerana ketika pegawai penyiasat tiba di lokasi kejadian kebanyakan mangsa sudah dihantar ke Hospital Gerik.

“Siasatan di lokasi kemalangan mendapati tempat kejadian adalah jalan menuruni bukit dari arah Jeli dan berselekoh dengan garisan berkembar pembahagi

jalan,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan jam 3.48 petang.

“Setibanya bomba di lokasi mendapati kemalangan membabitka­n sebuah bas ekspres yang terbabas dan terdapat mangsa yang terbabit kemalangan itu,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Zainal Abidin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA penumpang bas yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Gerik untuk mendapatka­n rawatan di Kilometer 24 Jalan Raya
Timur-Barat Gerik-Jeli.
ANTARA penumpang bas yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Gerik untuk mendapatka­n rawatan di Kilometer 24 Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.
 ??  ?? 30 penumpang cedera dalam kejadian.
30 penumpang cedera dalam kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia