Harian Metro

BUDAK 3 TAHUN DITIKAM 30 KALI

- Kalbana Perimbanay­agam dan Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

 Lelaki bunuh anak saudara sorok mayat dalam stor

Nenek mangsa

“Saya amat menyesal kerana meninggalk­an cucu di rumah (bersama suspek), ini pertama kali saya meninggalk­an dia (mangsa),” ujar nenek kepada kanak-kanak perempuan yang maut ditikam bapa saudara di sebuah rumah teres di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak pernah meninggalk­an cucunya itu kepada orang lain sebelum ini.

“Saya baru saja pulang ke rumah dan memanggil namanya. Saya kemudian mencari cucu di sekitar rumah sebelum menemui tubuhnya ditutup dengan kain putih di dalam stor.

“Saya mula panik dan menjerit untuk mendapatka­n bantuan sebelum ibunya meminta bantuan jiran. Saya tidak sekali-kali menjangkak­an perkara ini akan berlaku,” katanya sambil mengesat air mata sebelum dia dibawa masuk ke dalam ru-

Saya baru saja pulang ke rumah dan memanggil namanya. Saya mencari cucu di sekitar rumah sebelum menemui tubuhnya ditutup dengan kain putih di dalam stor”

mah oleh beberapa lelaki.

Sementara itu, datuk kepada mangsa ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Dia berkata, pihak keluarga akan menuntut mayat mangsa di HKL sebelum dibawa Jinjang Funeral Parlor, di Jalan Jambu Arang 2, Jinjang Selatan, dekat sini, untuk disembahya­ngkan dan dikebumika­n.

Ahli keluarga kepada kanak-kanak itu juga dilihat gagal mengawal emosi, selain memberi ‘sambutan dingin’ kepada wartawan ketika ditemui di HKL.

Keluarga berkenaan turut memberi amaran supaya tidak mengambil gambar dan mengarahka­n petugas media beredar dari hadapan pekarangan kediaman mereka, selain turut mengasari seorang jurufoto ketika berada di IPFN.

Sementara itu, kebanyakan jiran kepada keluarga kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang maut ditikam bapa saudaranya di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, di sini, terkejut dengan kejadian kejam yang berlaku itu.

Menurutnya, mereka sering mendengar bunyi bising di kediaman mangsa malah terdapat jiran yang pernah membuat laporan polis berhubung situasi itu.

“Bagaimanap­un, keesokan harinya beberapa lelaki berdiri di tengah jalan di kejiranan ini dan menjerit meminta jiran tidak campur tangan dengan urusan penghuni kediaman itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa bergegas keluar dari pekarangan HKL bagi mengelak wajah dirakam jurugambar.
AHLI keluarga mangsa bergegas keluar dari pekarangan HKL bagi mengelak wajah dirakam jurugambar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia