Harian Metro

MUSIBAH MERCUN SESAT

 Budak maut kena serpihan letupan ketika kutip sampah di laman rumah malam raya

- lapor Mary Victoria Dass.

Selepas empat hari berjuang untuk hidup, akhirnya Nuraqira Khaeefa Mohd Saad, 7, menghembus­kan nafas terakhir kelmarin tanpa sempat mengenakan baju raya. Dia koma selepas kepalanya terkena serpihan bekas mercun ketika bersama sepupu membersihk­an halaman rumah datuknya di Felda Papan Timur,

Kota Tinggi, Johor malam Aidilfitri lalu,

“Kami memang tidak menyangka cuti raya kali ini berakhir begini. Kami sekeluarga reda tetapi rasa terkilan tetap ada kerana dia anak kami dan dia cukup gembira hendak beraya kali ini,” kata Mohd Saad Yusuf, 47.

Anak ketiganya, Nuraqira Khaeefa, 7, meninggal dunia jam 7 malam kelmarin selepas koma empat hari apabila kepalanya terkena serpihan bekas mercun yang meletup, terpelanti­ng dan terlekat di kepalanya pada malam Aidilfitri lalu.

Lebih menyayat hati, bukan anaknya yang bermain mercun sebaliknya arwah bersama tiga sepupu mengutip sampah di halaman rumah datuk dan neneknya di FELDA Papan Timur, di sini.

“Mereka membersihk­an rumah sebagai persiapan raya dan tiba-tiba kami terdengar letupan kuat umpama meriam. Bunyi kuat berkenaan juga mengakibat­kan gegaran pada tingkap dan pintu rumah.

“Ahli keluarga yang meninjau di luar rumah terkejut mendapati Aqira dalam keadaan rebah dan darah mengalir daripada kepalanya,” katanya.

Muhammad Saad berkata, Aqira dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke HSA pada hari sama.

Menurutnya, Aqira yang dalam keadaan koma bertambah kritikal termasuk degupan jantung semakin lemah mulai Ahad lalu sebelum menghembus nafas terakhir jam 7 malam kelmarin.

“Ada beberapa petanda kejadian berlaku misalnya Aqira menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya membelikan mercun selain turut melakar gambar kepalanya.

“Kami membeli beberapa baju serta kasut raya untuk Aqira dan tidak sangka dia tidak berpeluang memakainya,” katanya.

Jenazah Aqira selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam FELDA berkenaan jam 9 pagi semalam dan Mohd Saad yang bertugas sebagai guru sekolah memandu turut membuat laporan di Balai Polis Johor Bahru Sentral, kelmarin.

Sementara itu, bapa saudara Aqira, Azhar Salamat, 47, berkata, kejadian berkenaan sepatutnya dijadikan pengajaran bagi semua pihak.

Menurutnya, keluargany­a juga berharap orang ramai tidak melemparka­n tuduhan tidak berasas terhadap keluarga mangsa.

 ??  ??
 ??  ?? AZHAR menunjukka­n lokasi Nuraqira cedera selepas terkena serpihan mercun di FELDA Papan Timur.
AZHAR menunjukka­n lokasi Nuraqira cedera selepas terkena serpihan mercun di FELDA Papan Timur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia