Harian Metro

Bukti baharu kes Altantuya - Ramkarpal Singh

- Khairul Azran Hussin khaiazr@nstp.com.my

 Pelantikan Amirudin sebagai MB Selangor hasil persetujua­n bersama kepemimpin­an PH

Pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru, Amirudin Shari adalah hasil persetujua­n bersama kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad bahawa pelantikan Amirudin tidak mendapat sokongan parti komponen PH adalah tidak benar kerana perkara itu sudah dibincangk­an dengan teliti sebelum ini.

“Gabungan parti dalam PH sudah berbincang mengenai calon menteri besar sebelum ini dan mencapai kesepakata­n Amirudin adalah pengganti yang layak.

“Kita harus memberi laluan kepada Amirudin sebagai pengganti dan berinya peluang menjadi Menteri Besar,” katanya selepas menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di sini, semalam.

Ditanya dakwaan Dr Idris bahawa dirinya adalah satu-satunya calon menteri besar yang mendapat sokongan majoriti kepemimpin­an PH, Mohamed Azmin berkata, beliau menyerahka­n kepada PH untuk menjawab isu terbabit.

“Saya tidak mahu terjebak dengan polemik seperti itu kerana perbincang­an mengenai pemilihan Amirudin sebagai menteri besar sebelum ini berjalan baik demi memastikan kesinambun­gan kemajuan dan kestabilan Selangor,” katanya.

Dr Idris mendakwa pelantikan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor baru tidak mendapat restu PH.

Selain itu, Dr Idris turut berkata, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ada ura-ura PH mahu beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Beliau mendakwa dirinya satu-satunya calon yang mendapat sokongan majoriti menerusi surat daripada empat parti komponen PH iaitu PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) serta dipersemba­hkan kepada Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Amirudin, 38, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Mohamed Azmin melepaskan jawatan itu berikutan pelantikan­nya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

 ??  ?? AMIRUDIN (dua dari kiri) bersama Mohamed Azmin pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaa­n Surat Cara Perlantika­n Datuk Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
AMIRUDIN (dua dari kiri) bersama Mohamed Azmin pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaa­n Surat Cara Perlantika­n Datuk Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia