Harian Metro

Gitaris dipatuk ular

 Situasi cemas bisa katam tebu ketika bersih kebun

- Ridzuan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my Kuala Lumpur

Bekas pemain gitar utama kumpulan rock Laksamana, Omma Akira berdepan detik mencemaska­n apabila dipatuk ular katam tebu ketika sedang membersihk­an kebun di belakang rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini, kelmarin.

Omma, 50, atau nama sebenarnya, Omar Aziz ketika dihubungi berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu berlaku terlalu pantas dan dia tidak sempat mengelakny­a.

“Waktu itu saya sedang membuang daun-daun kering di kebun sebelum tiba-tiba muncul seekor ular mematuk jari hantu tangan kanan saya. Saya terkejut dan tidak sempat mengelak.

“Kesan patukan membuatkan tangan saya rasa pedih dan disusuli dengan rasa kebas.

Beberapa minit selepas itu saya mula berasa pening, tetapi tiada rasa mahu pengsan.

“Saya sempat bertindak balas dengan memukul ular sebesar jari kelingking itu sehingga mati,” katanya kepada Harian Metro.

Omma yang menyangka dipatuk spesies ular tedung terus mendapatka­n rawatan di Klinik 1Malaysia berhampira­n rumahnya.

“Doktor beri suntikan antivenom dan menyuruh saya segera ke Hospital Sungai Buloh (HSB), tetapi saya sebaliknya pulang ke rumah.

“Saya ingatkan tiada apa-apa yang serius, tetapi apabila di rumah saya mula terasa seperti hendak demam dan isteri terus membawa saya ke HSB,” katanya.

Omma berkata, dia ditahan di wad pemantauan selama 24 jam dan doktor kemudian mengesahka­n dia dipatuk ular katam tebu berdasarka­n gambar ular berkenaan yang diambil isterinya.

Omma sudah dibenarkan keluar dari hospital jam 9 pagi semalam dan keadaannya semakin pulih.

“Saya amat bersyukur kerana terselamat daripada bahaya. Jari saya pun sudah

tidak terasa pedih dan boleh kembali aktif bermain muzik.

“Esok (hari ini) saya akan mengiringi persembaha­n Nizam Laksamana secara akustik untuk satu program Aidilfitri anjuran stesen radio THR.

“Saya berterima kasih terhadap doktor yang merawat serta rakan-rakan yang melawat saya ketika menerima rawatan di HSB,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia