Harian Metro

Longhi waspada ancaman TFC

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Cabaran yang bakal ditempuh Johor Darul Ta’zim (JDT) menuju penghujung Liga Super tampak berliku apabila dijadual berdepan Terengganu FC (TFC) yang memiliki reputasi tersendiri pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Walaupun memimpin tangga teratas liga dengan mengumpul 38 mata selepas mengharung­i 15 perlawanan hasil 12 kemenangan dan dua seri, pengendali JDT, Raul Longhi pasti menjadi individu paling sibuk untuk terus merencana taktikal ampuh bagi melayani kunjungan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Bagi Longhi, apa yang perlu diterjemah­kan setiap pemain Harimau Selatan ialah komitmen dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan, selain mengelak melakukan kesilapan mudah.

“Setiap pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan kerana kita ada misi yang menjadi sasaran dan mereka tidak boleh terlalu selesa apabila berada di tangga teratas liga.

“Terengganu adalah pasukan hebat dan kami jangkakan ia perlawanan sengit walaupun kami pernah tewaskan mereka di Kuala Terengganu. Tetapi corak permainan pantas mereka nyata beri kesukaran untuk kami dan pastinya mereka akan turun lebih agresif,” katanya.

Longhi juga tidak menafikan kelibat pemain import skuad Penyu, Kipre Tchetche yang menjadi tonggak utama di barisan serangan mampu bertindak secara bersendiri­an.

Justeru, gandingan Marcos Antonio sama ada Aidil Zafuan Abd Radzak atau Fadhli Shas perlu berhati-hati dengan kelicikan pemain import dari Ivory Coast itu yang bijak mengambil kesempatan menjaringk­an gol.

Dalam pada itu, posisi tengah JDT yang dianggap konsisten sepanjang aksi liga akan lebih mantap seandainya Natxo Insa yang pulih daripada kecederaan kembali berganding­an bersama Hariss Harun dan Fernando Elizari.

Di barisan serangan, kelibat Fernando Marquez terus ditagih bukan saja untuk memburu jaringan, malah membantu rakan lain mencipta gol menggunaka­n helah tersendiri.

 ??  ?? GABRIEL Cabrera (kanan) sandaran JDT robek gawang TFC.
GABRIEL Cabrera (kanan) sandaran JDT robek gawang TFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia