Harian Metro

Tenang bertakbir

-

“Kali pertama bertakbir raya, saya rasa tenang,” kata Muhammad Riyardh Aidan Chua, 25, yang kali pertama menyambut Aidilfitri selepas memeluk Islam 19 Januari lalu.

Muhammad Riyardh berkata, dia berpeluang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Hussain, Seremban 2 dan turut sama bertakbir dengan jemaah.

“Pada masa itu, saya baru tahu ada takbir raya yang seakan-akan azan dan alunannya sangat merdu. Ia memberi ketenangan buat saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun terpaksa bekerja pada hari raya, dia gembira kerana dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri buat pertama kali selepas beragama Islam.

“Saya harap dapat merasai suasana sambutan Aidilfitri dengan lebih mendalam pada tahun hadapan dan bercadang mengikut rakan di tempat kerja pulang ke kampungnya bagi merasai suasana meriah hari raya,”

 Muhammad Riyardh Aidan sambut Aidilfitri kali pertama

katanya yang bekerja di sesini.buah pasar raya di Katanya, dia melihat Aidilfitri disambut meriah dengan pakaian serba baharu serta pelbagai juadah dihidangka­n dan amalan kunjung-mengunjung untuk bermaafan antara satu sama lain.

“Saya mahu merasai suasana itu walaupun saya tidak mengenali ahli keluarga dan sanak-saudara mereka kerana tiada tempat lain untuk dituju.

“Sebenarnya ada rakan di tempat kerja mengajak saya pulang ke kampung mereka bagi meraikan hari raya tetapi saya belum bersedia kerana bimbang keluarga mereka tidak selesa dengan kehadiran saya,” katanya.

Harian Metro pada 30 Mei lalu melaporkan, Muhammad Riyardh berpuasa sejak berusia 16 tahun sebelum memeluk Islam, 19 Januari lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia