Harian Metro

Tak kisah jadi pemandu Grab

- Sudirman Mohd Tahir cnews@nstp.com.my

Pemenang kategori Pelakon Baru Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28), Adam Shahz ‘terpaksa’ menjadi pemandu Grab sejak setahun lalu selepas namanya dikatakan disenarai hitam sebuah stesen TV hanya kerana mempertana­hkan haknya sebagai pelakon.

Adam, 37, yang dikenali menerusi drama bersiri

Juvana berkata, dia tidak ada masalah mencari rezeki sedemikian bagi meneruskan hidup membesarka­n anaknya,

Ivy Herra Sophia, 3.

Menurut Adam, isu itu timbul apabila sebuah syarikat produksi popular menawarkan dia berlakon drama bersiri dengan harga yang tidak masuk akal.

“Saya menolak tawaran itu dan mereka memberinya kepada pelakon lain dengan bayaran cuma RM200 untuk satu episod,” katanya.

Katanya, syarikat produksi terbabit sekali lagi menawarkan­nya watak tetapi disebabkan harga yang ditawarkan terlalu rendah, dia sekali lagi menolaknya.

Difahamkan, tindakan Adam itu menyebabka­n berlaku perselisih­an faham antara mereka hingga namanya disenarai hitam oleh stesen TV itu atas nasihat syarikat produksi berkenaan.

Adam berkata, isu ketidakadi­lan dan layanan sebegitu menyebabka­n ramai pelakon berbakat besar merajuk.

Penyanyi Sufian Suhaimi yang juga rakan Haqiem Rusli yakin penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak akan berhenti menyanyi.

Sufian, 26, turut berasakan Haqiem tidak mengalami masalah kemurungan keterlalua­n seperti yang diperkatak­an banyak pihak sekarang.

“Saya tidak tahu nak cakap kemurungan yang diperkatak­an Haqiem di Instagram, baru-baru ini sesuai dengan situasi dilalui sekarang. Bagi saya, dia

 ??  ?? ADAM Shahz
ADAM Shahz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia