Harian Metro

Peniaga ambil peluang jual barangan tiruan Jersi ciplak makin rancak

- Aizat Sharif dan Hasbi Sidek cnews@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Setiap kali diadakan acara berprestij atau berkelas dunia, peniaga barangan cetak rompak pasti akan mengambil peluang menjual barangan ‘ciplak’ berkait dengan acara itu bagi mengaut keuntungan

Perkara itu diakui Ketua Pegawai Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kuala Lumpur, Low Swee Hon berhubung penjualan jersi bola sepak tiruan sempena temasya Piala Dunia FIFA 2018.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjangkak­an situasi berkenaan dan ia sentiasa di bawah pemerhatia­n KPDNKK.

“Bagi temasya Piala Dunia 2018 ini, acara berkenaan tidak terkecuali akan menghadapi situasi sama apabila terdapat peniaga yang menjual jersi atau barangan bola sepak tiruan bagi negara yang bertanding di acara itu.

“Pihak kami sudah maklum berhubung pendedahan media terhadap premis yang menjual jersi tiruan itu. Pihak kami kini menunggu aduan daripada wakil pemilik cap dagang berhubung kegiatan ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya akan mengumpul maklumat dan akan menguatkua­sakan undang-undang.

“Kami memang memandang serius perkara ini dan akan menyerbu lokasi dikenal pasti. Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pemilik cap dagang yang membuat aduan.

“Barangan seperti jersi negara yang bertanding diminati pembeli lebih-lebih kepada peminat bola berikutan harga yang lebih rendah berbanding harga asli, peniaga akan mendapat untung berlipat ganda,” katanya.

Akhbar NSTP sebelum ini melaporkan, jersi tiruan Piala Dunia mulai dijual di beberapa lokasi di ibu kota, namun peniaga masih bertindak berhati-hati dengan menyorokka­n stok di tempat lain.

Kawasan beli-belah di pintu sempadan Malaysia-Thailand dipenuhi ramai peminat bola sepak yang mencari jersi tiruan pasukan bertanding dalam kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018.

Tinjauan wartawan di sekitar kawasan Arked Niaga Padang Besar mendapati segelintir peniaga mengambil kesempatan ‘demam’ Piala Dunia 2018 untuk menjual jersi tiruan pelbagai negara yang bertanding.

Berdasarka­n tinjauan berkenaan, jersi tiruan dijual membabitka­n jenama Adidas dan Nike yang menaja pasukan Sepanyol, Jerman, Jepun, Colombia, Mexico, Russia, England, Perancis dan Brazil.

Jersi tiruan dijual pula mengikut ‘Gred Pemain’ pada harga RM55 manakala bagi ‘Gred Penyokong’ pula dijual pada harga RM40 ke atas.

Apa yang membezakan kedua-dua jenis jersi tiruan ini adalah jenis kain digunakan di mana kain ‘Gred Pemain’ lebih lembut berbanding ‘Gred Penyokong’.

Menurut penjaga kedai dikenali, Isman, 35, yang berasal dari Pattani berkata, kebanyakan stok jersi bola sepak yang dijual dibawa dari Bangkok,Thailand.

“Jersi seperti Jerman sudah sampai awal di kedai ini iaitu sebulan sebelum Ramadan lagi. Permintaan bagi jersi ini juga laris memandangk­an Jerman adalah juara pada edisi lalu,” katanya.

Seorang lagi penjual jersi tiruan yang tidak mahu dikenali berkata, permintaan yang diterima oleh pihaknya untuk jersi tiruan Piala Dunia 2018 ini tinggi.

“Namun, tidak semua dapat

 Harga ikut ‘Gred Pemain’ Piala Dunia 2018

kami penuhi disebabkan kekangan stok yang ada. Ada pelanggan kami yang mahukan sehingga 200 helai pelbagai jersi Piala Dunia untuk dijual di ibu negara.

“Sesiapa yang mahukan jersi merangkumi jersi ‘home’ atau ‘away’ sesuatu pasukan harus bersabar dan menunggu stok baru tiba,” katanya.

 ??  ?? ANTARA jersi tiruan yang dijual di Arked Niaga Padang Besar.
ANTARA jersi tiruan yang dijual di Arked Niaga Padang Besar.
 ??  ??
 ?? Low Swee Hon ?? Pihak kami kini menunggu aduan daripada wakil pemilik cap dagang berhubung kegiatan ini”
Low Swee Hon Pihak kami kini menunggu aduan daripada wakil pemilik cap dagang berhubung kegiatan ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia