Harian Metro

Nama terukir di bintang

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Pelajar kejurutera­an UPNM antara 15 calon dipilih sertai USNA dari 157 negara

Minat terhadap bidang ketenteraa­n membolehka­n seorang gadis, Janushaa Bala Krishnan Muthiah, 19, mencipta nama apabila menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai ahli Akademi Angkatan Laut Amerika Syarikat (USNA).

Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, Janushaa yang pelajar kejurutera­an Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi seorang daripada 15 pelajar yang dipilih menyertai USNA dari lebih 157 negara.

Dia menerima surat rasmi kemasukan ke USNA menerusi Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir, baru-baru ini, dalam sebuah majlis di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis.

“Saya bermula dengan menyertai kursus asasi dan dari situ, saya memohon ke Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat.

“Daripada 40 pemohon, kami ditapis kepada 20 orang mengikut kelayakan akademik. Kemudian daripada 10 orang, kami ditapis pula untuk menyertai latihan fizikal dan mental.

“Namun selepas itu, saya diberitahu tiada wakil wanita Malaysia untuk permohonan ke USNA, jadi saya dan seorang lagi rakan wanita disyorkan ke akademi terbabit. Saya kemudian dipilih selepas menjalani beberapa sesi latihan dan ujian,” katanya.

Janushaa berkata, dia dimaklumka­n oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia pada April lalu mengenai pemilihan itu ketika menghadiri Program Kalakrithi 2.0 di UPNM.

“Saya mula memohon pada September 2017. Proses pemilihan memang mengambil masa yang lama agar pihak akademi dapat membuat keputusan yang wajar dan tepat,” katanya.

Dia yang menjadikan datuknya yang juga bekas anggota tentera sebagai idola berkata, semangat patriotikn­ya yang tinggi sentiasa menjadi dorongan kepadanya untuk memilih bidang ketenteraa­n.

“Pepatah ‘Join The Navy, See The World’ yang diperkenal­kan oleh seorang senior saya juga membakar minat saya untuk menjadi pegawai tentera memandangk­an saya suka mengembara.

“Impian saya untuk membantu Malaysia menjadi negara yang lebih maju. Saya berharap ilmu dipelajari di USNA dapat diimplimen­tasi dan diinovasik­an di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? JANUSHAA menerima surat rasmi kemasukan ke USNA dalam majlis di Sekolah Kebangsaan Clifford.
JANUSHAA menerima surat rasmi kemasukan ke USNA dalam majlis di Sekolah Kebangsaan Clifford.
 ??  ?? JANUSHAA ketika menjalani latihan di Gunung Ledang.
JANUSHAA ketika menjalani latihan di Gunung Ledang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia