Harian Metro

Tok Mat lebih selesa tanding tiket individu

-

Seremban: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding timbalan presiden pada pemilihan UMNO menegaskan tidak membentuk pasukan bersama calon presiden Khairy Jamaluddin.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, beliau lebih selesa bertanding atas tiket individu dan berharap ahli serta perwakilan UMNO membuat pemilihan berdasarka­n keupayaan calon tanpa dipengaruh­i orang lain.

“Dari dulu saya memang begini, bertanding sebagai individu. Saya tidak mahu membentuk pasukan dengan sesiapa termasuk Khairy.

“Saya akui Khairy ada kemampuan untuk memimpin UMNO namun biarlah kami bertanding sendiri.

“Tidak dinafikan, ada anggapan kami akan bertanding sebagai satu pasukan kerana masing-masing daripada UMNO Bahagian Rembau, tapi keadaan sebenarnya bukan begitu. Namun siapa tahu, mungkin kebangkita­n semula UMNO akan bermula di Rembau,” katanya di sini, semalam.

Menjelang pemilihan UMNO pada 30 Jun ini, timbul spekulasi mengatakan Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau akan berganding­an dengan Khairy yang juga timbalanny­a, dalam menghadapi cabaran menjawat dua jawatan tertinggi parti itu.

Spekulasi itu lebih kuat apabila Khairy membuat pengumuman bertanding jawatan presiden beberapa hari selepas bertemu Mohamad selain memuat naik gambar mereka berdua di laman Facebook beliau dengan ungkapan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.

 ??  ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia