Harian Metro

HARAP SINAR BARU

Syuhada tunggu kemunculan single terbaru pertaruh genre balada

- DARI MUKA R27 - Norhayati Nordin

“Selepas single kedua,

Bukan Dia berjaya membuatkan nama saya dikenali seketika terus terang perasaan ketika itu sangat gembira. Saya dapat rasakan ada sinar untuk karier nyanyian ini.

“Namun, apa yang disangkaka­n meleset apabila taruhan saya untuk single Tak Kena ciptaan DJ Fuzz dan masih mengekalka­n genre pop reggae seperti lagu Bukan Dia tidak menjadi,” katanya.

Ditanya sama ada dia cemburu melihat rakan satu syarikat rakamannya, SRC iaitu Wani Kayrie kini lebih menyerlah, Syuhada berkata, dia melihatnya sebagai rezeki buat penyanyi lagu Jangan Jangan dan Aku Suka Kamu itu.

“Saya tidak sedikit pun cemburukan kejayaan dan populariti dimiliki Wani kerana dia layak memperoleh­nya. Apatah lagi, Wani mendapat lagu yang tepat dan sesuai dengan vokalnya.

“Untuk saya pula, kena teruskan usaha dan mencuba. Malah, mungkin juga belum tiba rezeki saya untuk menempa nama dan popular seperti rakan penyanyi yang lain. Bagi saya, tak perlu iri hati dengan kejayaan orang,” katanya.

Anak bongsu ini berkata, dia kini teruja untuk muncul dengan single terbaru yang bergenre balada ciptaan Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna tidak lama lagi.

“Saya menunggu kemunculan single terbaru ini kerana mempertaru­hkan genre balada. Semoga percubaan baru ini menjadi dan jauh di sudut hati pun saya sukakan lagu ini. Ia sesuai dengan vokal saya,” katanya.

Selain Idola Kecil di TV9, Syuhada atau nama sebenarnya Wan Syuhada Md Amin juga pernah menyertai pertanding­an D’Academy Asia (DAA) yang berlangsun­g di Jakarta, dua tahun lalu.

 ??  ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
PAKAIAN : @ANASABDULL­AH.KL
SOLEKAN & DANDANAN :
@SHINEMATAH­ARIKUMAKEU­PARTIS
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN PAKAIAN : @ANASABDULL­AH.KL SOLEKAN & DANDANAN : @SHINEMATAH­ARIKUMAKEU­PARTIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia