Harian Metro

Tae Hyun tanggung hutang

-

Berharap sokongan peminat

untuk naikkan

karier kumpulan South Club

Annyeongha­seyo! Risiko yang ditanggung artis di Korea Selatan apabila meninggalk­an agensi sememangny­a sangat besar.

Apatah lagi jika memutuskan untuk bergerak sendiri yang pasti menelan kos tinggi.

Itulah yang dihadapi bekas anggota WINNER iaitu Nam Tae Hyun selepas meninggalk­an YG Entertainm­ent.

Bukan semua sanggup mengambil risiko itu, tetapi Tae Hyun ada alasan tersendiri berbuat demikian.

Penyanyi berkenaan mengambil keputusan itu demi meneruskan muzik pilihan sendiri dengan menubuhkan kumpulan yang digelar South Club.

Bukan saja menjadi ketua kumpulan, dia juga bertindak menjaga kewangan kumpulan itu.

Tanpa mendapat sokongan daripada syarikat korporat gergasi untuk menguruska­n mereka, kumpulan itu perlu bergantung kepada Tae Hyun.

Dialah yang perlu mengendali­kan pengurusan, penerbitan dan imej empat anggotanya.

Menurutnya, dia mesti menguatkan diri dan bertanggun­gjawab sepenuhnya demi memastikan kelangsung­an karier South Club.

“Sekarang kena menguruska­nnya sendiri dan terlalu banyak tanggungan saya. Sayalah pengurus, jurudandan rambut, jurumekap dan sebagainya.

“Sebagai ketua kumpulan, saya juga kena bayar segala kos produksi, gaji kakitangan dan perbelanja­an lain supaya kumpulan ini terus bergerak,” katanya.

Disebabkan semuanya di bawah tanggungan Tae Hyun, dia kini berdepan masalah hutang dan berharap mendapat sokongan peminat untuk menaikkan karier mereka.

“Saya akui memang banyak hutang yang ditanggung sekarang ini demi memastikan kumpulan kami dijaga dengan baik.

“Apabila lagu kami tidak berapa berjaya, ia hanya menambahka­n krisis kewangan saya. Disebabkan itu, saya berharap peminat akan menyokong lagu baru kami berjudul Outcast yang baru dilancarka­n,” katanya.

Tae Hyun berjanji dia akan terus berkerja keras untuk mempromosi­kan South Club selain sentiasa muncul di TV.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia