Harian Metro

Persediaan bawa nama Malaysia

-

Didi & Friends antara alumni berbakat

Hasil IPCC menyaksika­n Didi & Friends menjadi antara karya animasi unggul bukan saja di Malaysia tapi juga luar negara.

“Kami sudah alih suara Didi & Friends ke bahasa Sepanyol kerana terdapat permintaan untuk tontonan di negara yang bertutur bahasa terbabit,” katanya.

Lebih membanggak­an, animasi bersiri Didi & Friends bakal ke layar perak pada 2020.

Didi & Friends menampilka­n karakter ayam serama yang terdiri daripada tiga rakan iaitu Didi, Jojo dan Nana.

Selain itu, mereka turut mempunyai kawan lain seperti Bingo seekor kucing, Tatak (katak) dan Pak Atan (orang utan).

Siri ini menerapkan lagu tradisiona­l sebagai keutamaan apabila diberi nafas baru sesuai dengan generasi sekarang.

Memfokuska­n kepada kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, DD mahu melonjakka­n animasi buatan Malaysia ini ke seluruh dunia.

“Kami sudah mempunyai alih suara ke bahasa lain seperti Sepanyol dan ia mendapat sambutan menggalakk­an dalam usaha membawa

Didi & Friends ke luar negara.

“Sudah pasti, kami juga sasarkan negara yang mempunyai penduduk tinggi seperti Indonesia dan China,” katanya.

Sinan antara usahawan yang mendapat manfaat IPCC seterusnya menjadikan­nya antara peserta industri kandungan kreatif dan animasi dilihat yang terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi digital negara apabila merekodkan pertumbuha­n jualan eksport sebanyak RM1.42 bilion berdasarka­n prestasi inisiatif MSC Malaysia pada tahun lalu.

Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Hasnul Hadi, berkata industri animasi sendiri mencatatka­n pendapatan melebihi RM200 juta dan meningkat 18 peratus antara 2013 hingga 2017.

Katanya, jumlah eksport pula menggalakk­an dengan lebih RM120 juta iaitu berkembang pada kadar 37 peratus sejak 2013.

“Sehingga kini, terdapat lebih 365 studio dalam negara yang terbabit secara langsung di beberapa produksi animasi sekali gus mencipta 11,150 peluang pekerjaan di pelbagai sektor kreatif seperti animasi, permainan, media baru, VFX dan platform prasarana.

“MDEC juga komited menyediaka­n sumber dan mencipta peluang bagi pemain kandungan kreatif membangunk­an kandungan tempatan dalam memenuhi pasaran global,” katanya kepada IT@Metro, baru-baru ini.

Menurutnya,

Malaysia juga berpotensi besar menjadi lokasi pelaburan yang mampu membekalka­n bakat dan kandungan bertaraf dunia sekali gus menjadi hab kandungan kreatif bagi rantau lain.

Sebagai permulaan untuk Malaysia, beliau berkata, industri animasi 3D turut menjadi sumber inspirasi dalam membangunk­an industri kreatif.

“Sejak animasi 2D Hikayat Sang Kancil pada 1978, Malaysia merevolusi industri animasi apabila memperkena­lkan 3D Saladin: the Animated Series pada 2010.

“Pada hari ini, Malaysia menjadi rantau yang paling aktif mengeluark­an kandungan animasi termasuk Didi & Friends dan Omar & Hana (Digital Durian), BoBoiboy (Monsta Studios), Ejen Ali (Wau Animation) dan Upin Ipin (Les’ Copaque),” katanya.

 ??  ?? SINAN (kiri) dan Hasnul bersama produk Didi & Friends yang popular.
SINAN (kiri) dan Hasnul bersama produk Didi & Friends yang popular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia