Harian Metro

Kerjasama Samsung, Media Prima

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Sempena sambutan Aidilfitri, Samsung Malaysia Electronic­s (Samsung) menjalin kerjasama kandungan dengan Rangkaian Televisyen Media

Prima (Media Prima) menghasilk­an drama mini bersiri berjudul Amira

Rose.

Siri mini ini disiarkan pertama kali pada hari ketiga Aidilfitri, sebahagian daripada usaha Samsung untuk mengeratka­n lagi hubunganny­a dengan peminat di tanah air di samping memberikan pengalaman jenama yang selaras dengan cita rasa tempatan menerusi rangkaian telefon pintar inovatif Samsung Galaxy S9 and S9+.

Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Elaine Soh berkata kerjasama ini melanjutka­n komitmen berterusan untuk memberi inspirasi pengguna mengubah cara mereka berkomunik­asi, berkongsi dan merasai dunia ini.

“Kami berpuas hati dengan jalan cerita dan hasil produksi Amira

Rose terutama dari segi caranya mengajak penonton menerokai pelbagai aspek gaya hidup kita yang semakin digital dan terhubung.

“Sambutan Aidilfitri sememangny­a bertumpu kepada pengertian kasih sayang dan kekeluarga­an, oleh itu kami menyajikan siri mini yang menghiburk­an ini khusus bagi penonton dan peminat di Malaysia,” katanya.

Kandungan berkenaan Samsung Galaxy S9 dan siri mini terbabit akan dipaparkan menerusi saluran TV, digital dan media sosial Media Prima yang mempunyai potensi untuk mencapai lebih 28 juta rakyat Malaysia setiap hari.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kumpulan Perkhidmat­an Pelanggan Media Prima Nini Yusof, berkata kerjasama dengan Samsung dijalinkan atas kepercayaa­n rekod prestasi dan keupayaan syarikat untuk mencapai audiens Melayu melalui platform media bersepadu terluas.

Episod Raya Amira Rose sepanjang 30 minit akan disiarkan buat kali pertama pada hari Ahad, 17 Jun 2018 manakala enam episod seterusnya masing-masing terdiri daripada siri mini berdurasi 10 minit akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.50 malam dari 25 Jun hingga 10 Julai depan.

 ??  ?? ELAINE
ELAINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia