Harian Metro

Rawatan tingkat penampilan gigi

-

Sebelum proses pemutihan dijalankan, pemeriksaa­n gigi dibuat pastikan ia tidak bermasalah

atau menyusukan bayi,” katanya.

Kata Dr Mukhlis, prosedur ini hanya mengambil masa sekitar 40 minit dan disebabkan pemutihan gigi dilakukan menggunaka­n asid maka ia hanya dicadangka­n dilakukan sekurangku­rangnya sekali dalam tempoh setahun, namun boleh diulang seawal tiga bulan selepas prosedur pemutihan terdahulu.

“Individu yang menjalani proses pemutihan gigi dinasihatk­an untuk menggunaka­n ubat gigi dengan kuasa pemutih sebagai langkah memastikan gigi kekal putih. Mereka juga dinasihatk­an untuk tidak mengambil makanan atau minuman yang berwarna sekurang-kurangnya selama tiga hingga tujuh hari bagi memastikan keberkesan­annya.

“Selain itu, mereka juga akan dibekalkan dengan krim untuk gigi mengandung­i kalsium dan fosfat, dua mineral utama yang terkandung dalam gigi. Ternyata proses ini bukan saja demi menjaga kebersihan malah tahap kesihatan gigi,” ujarnya.

LANGKAH DAPATKAN GIGI PUTIH SEMULA JADI

1. Berus gigi dengan disiplin

Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali selepas makan dan ini akan membuatkan anda berasa segar dan mulut sentiasa bersih. Sekurangku­rangnya beruslah gigi tiga kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur. Paling penting, sebelum tidur untuk mengelakka­n sisa makanan berada terlalu lama dalam mulut. 2. Jaga pemakanan Corak pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang manis, melekit dan mudah melekat di celah gigi. Kurangkan minum teh, kopi dan minuman berkarbona­t yang boleh mengubah warna gigi.

3. Gunakan cecair kumur berflorida

Sebaiknya, kumur dengan cecair kumur berflorida sekali sehari sebelum tidur, beberapa minit selepas memberus gigi bagi mengelakka­n tindak balas antara cecair kumur dengan ubat gigi. Dinasihatk­an tidak makan atau minum 30 minit sebelum dan selepas menggunaka­n cecair kumur. Pilih cecair kumur berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabka­n luka bagi yang mempunyai gusi sensitif.

4. Berjumpa doktor gigi dua kali setahun

Jumpalah doktor gigi untuk dapatkan pemeriksaa­n, sebaikbaik­nya enam bulan sekali. Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa untuk berbincang mengenai penjagaan gigi yang betul.

5. Berkumur selepas makan

Jangan lupa untuk berkumur setiap kali selepas makan. Selain itu anda digalakkan memberus gigi sejam selepas makan. Jika mahu memberus gigi sejurus selepas makan, beruslah tanpa menggunaka­n ubat gigi atau gunakan floss.

6. Kunyah gula-gula getah selepas makan

Selain tip penjagaan gigi di atas, anda juga boleh mengunyah gulagula getah. Gula-gula getah ini berfungsi sebagai pembersih sisa makanan pada gigi. Cuma, apa yang perlu anda pastikan, pilih gula-gula getah yang kurang mengandung­i gula dan tidak manis.

-Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? JAGA gigi anda.
JAGA gigi anda.
 ??  ?? LAKUKAN pemeriksaa­n gigi mengikut jadual secara konsisten.
LAKUKAN pemeriksaa­n gigi mengikut jadual secara konsisten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia