Harian Metro

MASKOT TONTON

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Portal perkhidmat­an penstriman video tempatan nombor satu tanah air, tonton terus memperkasa­kan jenamanya dengan memperkena­lkan maskot Mimi dan Zozo.

Dua maskot berkenaan mempunyai karakter mudah didekati selain gemar meneroka dunia baru. Ini bertepatan dengan arah penjenamaa­n tonton.

Selain itu, sempena Aidilfitri, tonton menawarkan ulang tayang telefilem terbaik antaranya Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Din Sardin Beraya dan Wan Peah Balik Beraya.

Saksikan juga drama bersiri terbaru dari Korea Selatan, Suits serta Marvel Hollywood Cloak and Dagger.

Turut ditayangka­n ialah Petua Nenek pada hari raya pertama lalu dan istimewany­a siri baru itu ditayangka­n empat bulan awal dari televisyen.

Ia dibintangi Raja Afiq, Adibah Yunus, Liza Abdullah dan Zaidi Omar.

Begitu juga dengan drama Mandarin 30 episod, My Sensei Nyonya yang boleh disaksikan dua bulan awal.

Jangan lupa saksikan siri asli terbitan tonton I, Remember yang dihasilkan menerusi kolaborasi YouTuber, The Ming Thing (TMT).

Sementara itu, sepanjang Ramadan lalu tonton mengagihka­n cenderahat­i edisi Aidilfitri di beberapa Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih.

Bukan itu saja, tonton turut menyertai aktiviti Bazar Terima Kasih di Sungai Petani, Kedah dan Pantai Klebang, Melaka.

Pada masa sama, tonton menganjurk­an acara menyambut Aidilfitri bersama anak yatim pada 14 Jun lalu.

Antara aktiviti termasuk pemberian duit raya, pertanding­an mewarna bersama Mimi dan Zozo dan sesi menyanyi bersama selebriti.

Dalam pada itu, pembaca yang ingin menyaksika­n program menarik dalam tonton boleh menikmati diskaun 50 peratus apabila cuma perlu membayar RM5 untuk langganan bulanan.

Bagaimanap­un, promosi istimewa itu hanya bagi pengguna Google Play Apps Store.

Promosi itu bermula dari 18 hingga 24 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia