Harian Metro

Perbaiki bahagian penyudah

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Pengendali sementara Kelantan, Yusri Che Lah mengakui kelemahan sentuhan penyudah menyebabka­n pasukannya sekali lagi gagal apabila tewas 0-2 di tangan PKNS di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, kelmarin.

Beliau pada masa sama sedia memikul sepenuhnya tanggungja­wab atas keputusan itu selain mahu pasukannya memberi tumpuan kepada baki enam perlawanan terakhir.

“Saya tidak dapat lari mengatakan kami masih gagal dalam perlawanan malam ini (kelmarin) walaupun sebahagian besar kami menguasai perlawanan dan saya bertanggun­gjawab penuh dengan keputusan ini.

“Bagaimanap­un kami kena berusaha keras lagi dalam enam perlawanan akan datang walaupun berdepan apa juga tanggapan terhadap pasukan.

“Ya, kelemahan ketara yang dapat dilihat adalah kegagalan kami mengawal bahagian serangan walaupun kami berjaya menguasai bahagian tengah dan pertahanan... sentuhan terakhir satu kelemahan besar dan ini kami terpaksa akui,” katanya.

Kemenangan itu adalah yang ketiga buat PKNS ke atas Kelantan musim ini.

Jurulatih berasal dari Kangar itu bagaimanap­un tetap yakin dengan kemampuan pemain mudanya serta beberapa tonggak import baru yang dibawa masuk pengurusan. “Apa yang penting kami tidak boleh menoleh ke belakang lagi selain semua pemain perlu kekalkan fokus dalam baki perlawanan selepas ini,” katanya.

Pemain perlu kekalkan fokus dalam baki perlawanan selepas ini Yusri Che Lah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia