Harian Metro

‘Rantai semua, bukan Eriksen saja’

-

Kazan: Kapten, Mile Jedinak menegaskan Australia tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada pemain berbisa Christian Eriksen apabila berdepan Denmark dalam usaha

memburu kemenangan untuk meneruskan kempen pada Piala Dunia kali ini.

Kekalahan 1-2 kepada Perancis pada perlawanan pembukaan Kumpulan C mendesak Socceroos untuk memburu kemenangan malam ini, sekiranya mahu berada di landasan layak ke pusingan kalah mati.

Pemain tengah Tottenham Hotspur, Eriksen yang meledak 11 gol untuk Denmark sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia, adalah tonggak penting skuad kendalian Aege Hareide di Arena Samara.

Namun, Jedinak yang menyempurn­akan sepakan penalti ketika menentang Perancis berkata, persembaha­n lebih berdisipli­n yang menyaksika­n Antoine Griezmann turut menjaringk­an gol penalti susulan VAR (Pengadil Bantuan Video) sebelum gol sendiri Aziz Behich pada saat akhir - juga penting buat Australia.

“Kami sedar dia (Eriksen) pemain hebat dan jelas sekali memainkan peranan penting untuk mereka,” kata Jedinak.

“Tapi kami tidak akan cuba memberi tumpuan kepadanya saja. Kami akan fokus kepada mereka sebagai satu pasukan dan secara menyeluruh. Kami juga perlu memikirkan mengenai prestasi sendiri, bagaimana untuk menggunaka­n corak permainan kami ke atas mereka.”

Corak bertahan mantap Australia ketika menentang Perancis mendapat pujian, tetapi anak buah Bert van Marwijk masih belum selamat.

Berbekalka­n kelebihan psikologi hasil kemenangan 1-0 ke atas Peru pada perlawanan pembukaan, yang mana penjaga gol Kasper Schmeichel beraksi cemerlang menafikan deretan percubaan pasukan Amerika Selatan itu, Denmark mampu tampil lebih selesa dengan strategi mereka.

Sebaliknya, Australia kurang mengancam ketika menyerang berdepan Perancis dengan satu-satunya peluang hadir menerusi tandukan pada awal permainan tetapi diselamatk­an penjaga gol Hugo Lloris. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia