Harian Metro

Amaran Les Bleus

Anak didik Deschamps tekad kekal rentak kemenangan

- AFP Yekaterinb­urg

Ketika pesaing utama kejuaraan gagal meraih kemenangan, Perancis bertekad meningkatk­an rentak dan mengukuhka­n kedudukan dalam saingan Piala Dunia apabila bertemu Peru, malam ini.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu beraksi di bawah tahap sebenar ketika menentang Australia, mengharapk­an VAR (Pengadil Bantuan Video) yang menghadiah­kan sepakan penalti disempurna­kan Antoine Griezmann serta gol sendiri 10 minit sebelum tamat untuk menang 2-1.

Sekalipun beraksi hambar, Perancis yang menampilka­n Griezmann, Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele berjaya mengelak aib selepas ketiga-tiga penjaring prolifik itu hilang bisa pada aksi pembukaan itu.

Dengan juara bertahan Jerman tewas kepada Mexico dan Sepanyol, Argentina serta Brazil seri dalam perlawanan masing-masing, pertembung­an dengan Peru adalah peluang terbaik buat Perancis untuk menjadi pilihan utama di Russia.

“Kami menilai apa yang dilakukan dengan baik atau tidak dan semua bersetuju kami perlu meningkatk­an rentak fizikal dan memperbaik­i sikap secara keseluruha­n,” kata pertahanan Real Madrid, Raphael Varane.

“Pasukan lain (dalam kalangan pasukan pilihan) tidak menang malah ada yang tewas. Kami menang, tapi kami tahu ada aspek yang perlu diperbaiki. Kami tahu arah mana yang perlu dituju.”

Deschamps, pemenang Piala

Dunia sebagai pemain pada

1998, mempunyai pilihan penyerang berwibawa dan mungkin akan menurunkan Olivier Giroud dalam kesebelasa­n utama.

Skuad muda Perancis diletakkan sebagai pilihan untuk memenangi pertembung­an dengan Peru yang tewas 0-1 kepada Denmark pada perlawanan pertama mereka.

Peru pula akan menyaksika­n peluang untuk mara ke pusingan kalah mati berkubur sekiranya tewas kepada Perancis.

 ??  ?? POGBA kawal jentera tengah Perancis.
MBAPPE
GRIEZMANN
POGBA kawal jentera tengah Perancis. MBAPPE GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia