Harian Metro

Kebas sarang burung

- Norasikin Daineh cnews@nstp.com.my

 Lelaki curi hasil burung walet dicekup ketika sembunyi dalam semak

Cubaan seorang lelaki mencuri sarang burung walet gagal selepas dia dicekup pemilik rumah sarang burung itu ketika sedang bersembuny­i di dalam semak di Kampung Marudu Laut dekat sini, kelmarin.

Kejadian itu disedari ketika pemilik dan anaknya membuat pemeriksaa­n di sekitar rumah sarang burung berkenaan jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superinten­dan Mohd

Izaan Abdullah berkata, pemilik rumah sarang burung itu mulanya mendapati pintu besi rumah sarang burung itu dipecahkan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati sarang burung dalam rumah itu bernilai RM4,000 sudah dicuri.

“Pengadu dan anaknya kemudian membuat pemeriksaa­n sekitar kawasan sebelum terserempa­k suspek yang sedang bersembuny­i di dalam semak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Izaan berkata, suspek berusia 26 tahun berjaya ditangkap oleh pengadu sebelum bertindak menghubung­i pihak polis.

“Sepasukan anggota unit kereta peronda polis (MPV) tiba di lokasi kejadian pada jam 4.30 pagi dan menahan suspek bersama barang rampasan termasuk sarang burung yang dicuri.

“Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Katanya, suspek kini direman dan disiasat mengikut 457 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah masuk.

 ??  ?? SARANG burung walet yang ditemui bersama dengan suspek. SUSPEK ditangkap selepas ditemui sedang bersembuny­i di dalam semak di Kampung Marudu Laut, Kota Marudu.
SARANG burung walet yang ditemui bersama dengan suspek. SUSPEK ditangkap selepas ditemui sedang bersembuny­i di dalam semak di Kampung Marudu Laut, Kota Marudu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia