Harian Metro

Pembanguna­n KLCC tetap diteruskan

-

Kuala Lumpur: KLCC (Holdings) Sdn Bhd akan memastikan kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) terus dibangunka­n, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Hashim Wahir.

Bagaimanap­un, pemaju utama KLCC itu menegaskan bahawa sebagai pemaju hartanah yang bertanggun­gjawab, pihaknya sentiasa mengambil berat mengenai keadaan pasaran hartanah semasa yang perlahan terutama membabitka­n segmen komersial.

Hashim berkata, keprihatin­an mengenai lebihan bekalan membabitka­n pembanguna­n komersial dibuat dengan jelas dan pihaknya sebagai syarikat perniagaan perlu membuat keputusan.

Katanya, pemaju hartanah itu akan menilai dengan teliti daya maju komersial dan situasi pasaran.

“Ada projek yang sudah diberikan dan ada projek yang belum diberikan. Jadi, kami perlu membawanya kepada Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui Majlis Penasihat Negara di sini, semalam.

Mengenai projek binaan tambahan KLCC, Hashim berkata, proses tender bagi projek berkenaan masih berjalan.

Projek berkenaan, jelasnya dijangka siap menjelang 2021 hingga 2022.

“Kami sedar dengan keadaan pasaran. Setakat ini, ruang pejabat dan komersial yang ditawarkan kami dihuni sepenuhnya,” katanya.

April lalu, syarikat induknya, KLCCP Stapled Group (KLCCP) memeterai perjanjian kerjasama dengan sebuah pihak ketiga untuk membangunk­an projek pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) pertamanya.

Projek itu akan menjadi pembanguna­n bercampur, merangkumi peruncitan selain ruang pejabat dan hotel.

Ia program perluasan bagi Suria KLCC. Sebuah jambatan yang menghubung­kan Bukit Bintang ke KLCC dijangka siap dibina pada 2022.

 ??  ?? HASHIM PROJEK binaan tambahan KLCC dijangka siap 2022.
HASHIM PROJEK binaan tambahan KLCC dijangka siap 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia