Harian Metro

Tumpu enam aksi

 Longhi fokus baki perlawanan bagi memburu kejuaraan kelima Liga Super buat JDT

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi tampak mahu ‘menyimpan’ hasrat untuk memburu kejuaraan kelima Liga Super, sebaliknya menganggap baki enam aksi liga ibarat pentas final dan tidak boleh keciciran mata.

Apa pun, Longhi berpuas hati dengan persembaha­n skuad Harimau Selatan yang menepati sasaran mencipta kemenangan 2-0 ke atas Terengganu FC (TFC) kendalian Irfan Bakti Abu Salim pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Katanya, biarpun ada ketikanya benteng pertahanan JDT hampir terperangk­ap dengan serangan balas TFC, namun mereka pantas menutup ruang hingga menyukarka­n pasukan lawan membuat percubaan berbahaya.

“Untuk kejuaraan liga, maaf saya tidak memikirkan lagi kerana tumpuan adalah baki perlawanan liga. Biarlah kami habiskan perlawanan satu persatu.

“Kami berada di landasan tepat, hanya tunggu untuk muncul juara. Apabila beraksi dengan corak serangan, ada ketika kami akan membuat kesilapan di pertahanan, namun ia tidak menjadi masalah kerana pemain mampu mengawal permainan dengan baik.

“Apa yang penting kami berjaya menjaringk­an dua gol untuk menang,” katanya.

Mengulas tindakan Aidil Zafuan Radzak mengasari K Partiban pada minit ke-71 dan dilayangka­n kad merah, Longhi menganggap tindakan pemain itu wajar dan ia kesalahan profesiona­l bagi mengelak gawang JDT dibolosi. Katanya, walaupun

beraksi 10 pemain, JDT mampu mengimbang­i kekuatan TFC yang bertungkus-lumus memberi tekanan di benteng pertahanan pada 20 minit terakhir, namun ketenangan dan sikap pemain Harimau Selatan menyukarka­n pasukan lawan mencipta gol.

“Malah, kelibat Syamer (Kutty Abba) selepas diturunkan dua perlawanan tidak mengecewak­an, walaupun masih muda tapi dia membalas kepercayaa­n saya dengan mempamerka­n aksi konsisten,” kata Longhi.

Kami berada di landasan tepat, hanya tunggu untuk muncul

juara

Raul Longhi

 ?? FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN ?? MARCOS Antonio (dua dari kanan) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan.
FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN MARCOS Antonio (dua dari kanan) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia