Harian Metro

Nigeria kental

- AFP

 Rohr mahu anak buah benam Iceland

Nigeria akan berdepan cabaran Iceland untuk menyelamat­kan kempen Piala Dunia mereka kali ini, namun tetap berjaga-jaga dengan kemampuan skuad Nordic itu yang berjaya memberi tentangan ke atas pasukan lebih hebat.

Nigeria di bawah kendalian Gernot Rohr yang membawa skuad termuda ke Russia dengan purata usia sekitar 25 tahun - sekadar memenangi satu daripada 13 aksi terakhir di saingan berprestij itu.

Mereka berjaya mara ke pusingan kalah mati empat tahun lalu, namun tewas 0-2 pada aksi pembukaan Kumpulan D pada edisi kali ini di tangan Croatia di Kaliningra­d, hasil jaringan sendiri Oghenekaro Etebo dan sepakan penalti Luka Modric.

Pasukan itu yang turut membariska­n penjaga gol berusia 19 tahun, Francis Uzoho, jauh berbeza dan tidak dikenali berbanding barisan pemain yang tunduk kepada Perancis pada peringkat 16 pasukan terbaik empat tahun lalu.

“Kadangkala kami sedikit naif pada situasi bola mati, namun kami akan berusaha menangani situasi ini.

“Kami hanya satu mata di belakang Iceland dan peluang itu masih ada, jadi teruskan berfikiran positif. Biarkan mereka belajar daripada kekalahan ini dan tampil dengan aksi lebih baik,” kata Rohr.

Sementara itu, Iceland masih lagi terbuai dengan pujian selepas jurulatihn­ya, Heimir Hallgrimss­on menyifatka­n mereka memperagak­an ‘contoh dalam buku teks’ apabila berjaya mengekang Argentina.

Lionel Messi menegaskan ‘Iceland enggan bermain bola sepak’, namun pasukan kerdil yang tampil buat kali pertama pada Piala Dunia tidak mahu melayan kritikan penyerang itu.

“Mungkin dia akan lebih gembira jika kami bermain secara menyerang dan tewas 0-5. Semua orang berhak memiliki pandangan mengenai perlawanan itu namun kami tidak kisah,” kata penjaga gol, Hannes Halldorsso­n.

Mengulas aksi bertemu Nigeria di Volgograd, penjaga gol berusia 31 tahun itu mengakui ia bakal menjadi ‘aksi yang lebih terbuka.’

“Nigeria adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Mereka begitu pantas dan bermain lebih ringkas berbanding Argentina. Ia perlawanan berbeza berbanding sebelum ini,” katanya. Kaliningra­d, Russia: Serbia menyasarka­n tiket ke pusingan kalah mati Piala Dunia dengan pertemuan menentang Switzerlan­d pastinya memberikan mereka keyakinan tinggi, susulan kejayaan mengikat Brazil pada aksi pertama sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia