Harian Metro

Ambil tindakan penceroboh­an nelayan asing

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Pertahanan diminta mengambil tindakan bagi menjaga perairan negara daripada penceroboh­an kapal nelayan asing sejajar usaha melindungi sumber marin, khususnya spesies ikan yu dan pari.

Penyelidik kanan Pusat Pembanguna­n Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC), Dr Ahmad Ali, berkata banyak kapal nelayan asing dikesan menangkap ikan di perairan Malaysia dan mengeksplo­itasi kekayaan sumber marin negara.

“Ada 10 atau lebih kapal nelayan Vietnam (menangkap ikan di perairan negara) tetapi berapa banyak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) meronda perairan kita.

“Menteri Pertahanan yang baru, Mohamad Sabu sangat lantang bercakap dan kita berharap dia dapat melihat usaha meningkatk­an keselamata­n bagi melindungi perairan kita daripada ancaman pihak yang mengambil kesempatan terhadap sumber kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Yu dan Pari 2018 yang dirasmikan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Rosmadi Sulai, di sini, semalam.

Forum dua hari hingga esok itu antara lain mensasarka­n usaha ke arah menyelesai­kan masalah yang berkaitan dengan spesies yu dan pari di Sabah serta mengenal pasti langkah berkesan bagi melindungi hidupan marin itu.

Ahmad yang juga pakar ikan yu atau jerung mendedahka­n beliau pernah melihat tapak pendaratan ikan yu di Vietnam dan terkejut apabila mendapati ikan yu yang didaratkan di sana sama seperti spesies yu yang ditemui di Tanjung Manis, Sarawak.

“Sama ada ikan yu itu ditangkap di perairan kita atau bukan, saya tidak tahu, tetapi memadai saya katakan bahawa jiran kita mengeksplo­itasi sumber kita,” katanya, sambil menambah Malaysia dalam senarai 10 tertinggi di dunia dalam jumlah tangkapan yu.

Sementara itu, Ahmad berkata, sebanyak 68 spesies ikan yu direkodkan di Malaysia dengan 50 spesies ditemui perairan Sabah termasuk spesies ikan yu air tawar (Glyphis fowlerae) yang direkodkan di Kinabatang­an.

Katanya, 50 spesies yu itu mewakili kira-kira 9.8 peratus daripada populasi spesies ikan yu di dunia dengan kebanyakan ikan berkenaan didaratkan di Kota Kinabalu, Semporna dan Sandakan.

Bagi memastikan spesies yu dan pari dapat dilindungi dengan lebih berkesan, Ahmad berkata, pihaknya mencadangk­an supaya yu tukul palang (Eusphyra blochii), yang diklasifik­asikan sebagai ‘sangat jarang’ ditemui dan pari air tawar dilindungi sepenuhnya.

Katanya, yu tukul palang (winghead shark) tidak disenaraik­an dalam Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Spesies Terancam (CITES).

“Pada 2004, saya melihat yu tukul palang di Mukah, Sarawak tetapi ia adalah yang pertama dan terakhir. Spesies yang sama turut dikesan di Sandakan,” katanya sambil menambah ikan pari air tawar juga boleh ditemui di Pahang dan Perak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia