Harian Metro

LAWAN LELAKI BERPARANG

Mangsa parah ditetak selamatkan kakak, ibu

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Tindakan berani seorang lelaki berdepan penjenayah berjaya menyelamat­kan ibu dan kakaknya daripada menjadi mangsa penjenayah terbabit selepas rumah mereka di sebuah taman perumahan sekitar Inanam, dekat sini, dipecah masuk, 10 Jun lalu.

Pada kejadian jam 5.45 pagi, mangsa berusia 24 tahun bergelut dengan penjenayah yang bersenjata­kan parang menyebabka­n mangsa parah di kepala, tangan dan badan akibat ditetak suspek.

Tindakan nekad mangsa menggagalk­an usaha penjenayah untuk merompak keluarga berkenaan sebelum suspek menghilang­kan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, bagaimanap­un, pihaknya dapat menahan suspek berusia 34 tahun jam 1.05 tengah hari pada Selasa lalu di sebuah stesen minyak di Manggatal.

“Mangsa dan kakaknya berusia 31 tahun yang cedera dirawat di Hospital Likas manakala ibu mereka yang berumur 59 tahun selamat.

“Sebaik menerima maklumat berkaitan kejadian, kami melancarka­n operasi menge- san suspek. Hasil maklumat awam dan risikan, kami menahan suspek yang didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Suspek membawa polis ke sebuah lokasi di atas bukit berhampira­n Taman Bukit Hijau di Jalan Tuaran Bypass dan menemui senjata yang digunakan ketika kejadian,” katanya pada kenyataan, semalam.

Selain sebilah parang berukuran 47 sentimeter, sebatang besi yang diubahsuai dan pakaian yang disembunyi­kan suspek di kawasan belukar berkenaan turut dirampas.

“Ujian saringan air kencing dijalankan terhadap suspek turut mendapati suspek positif dadah. Suspek kini direman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun sehingga mendatangk­an kecederaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat,” katanya.

Chandra turut merakamkan penghargaa­n polis kepada orang awam yang menyalurka­n maklumat berkaitan kejadian terbabit sehingga suspek dapat ditahan.

 ??  ?? MANGSA menceritak­an pengalaman­nya melawan penyamun kepada Chandra.
MANGSA menceritak­an pengalaman­nya melawan penyamun kepada Chandra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia