Harian Metro

GHAIB DIRENJAT ELEKTRIK

- Poliana Ronnie Sidom am@hmetro.com.my

Kanak-kanak dilapor hilang Selasa lalu ditemui

maut dengan kesan terbakar di tapak kaki

Seorang kanak-kanak ditemui mati terkena renjatan elektrik selepas dilaporkan hilang sejak pagi Selasa lalu ketika bermain di kawasan berhampira­n rumah di setinggan belakang Bandar Lee Tat di sini.

Mayat kanak-kanak warga asing berusia tujuh tahun itu ditemui jam 2 petang kelmarin, di kawasan semak Lorong 9, Bandar Lee Tat.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa kira-kira jam 6.30 petang Selasa lalu namun gagal menemuinya walaupun usaha mengesanny­a dijalankan.

Menurut Mohd Azhar, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik dimaklumka­n penemuan mayat kanak-kanak bersama anggota bomba, Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan pasukan perubatan Hospital Duchess of Kent.

“Pemeriksaa­n mendapati mayat kanak-kanak berkenaan mempunyai kesan terbakar di tapak kaki kiri dan dia disahkan meninggal dunia.

“Mayat sudah dicam oleh ahli keluarga berdasarka­n pakaian dan siasatan lanjut tidak mendapati unsur jenayah atau kecederaan lain pada tubuh mangsa,” katanya.

Mohd Azhar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.
MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia