Harian Metro

Hajat basuh kaki arwah suami

-

Seorang isteri meminta izin pegawai penjaga Bilik Forensik Hospital Dungun untuk membasuh kaki suaminya.

“Saya nak basuh sendiri kedua-dua tapak kakinya kerana kedua-dua tapak kaki suami syurga saya,” kata Siti Aisyah Suhaimi, 36.

Suaminya, seorang makanik jentera berat maut selepas kereta Proton Wira dipandu terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 12, Jalan

Pasir Raja, dekat

Kampung Kuala Jengai, petang semalam.

Dalam kemalangan, jam 3.30 petang, Tengku Mohd Rosli Tengku Jaafar, 43, yang parah di kepala dan anggota badan maut di tempat kejadian.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang elektrik lalu terbalik.

Siti Aisyah ketika ditemui di bilik Forensik Hospital Dungun berkata, ketika kejadian suaminya dalam perjalanan membaiki jentera di FELDA Semaring di Kuala Jengai.

“Dia pulang makan tengah hari dan saya masak asam pedas kegemarann­ya. Dia makan dengan banyak bersama lima anak berusia lima hingga 12 tahun.

“Arwah suami tidak menunjukka­n perbuatan pelik sebaliknya dia kelihatan gembira ketika kami makan beramai-ramai,” katanya.

Katanya, selepas makan dia turun ke tempat kerja dan 15 minit selepas itu adiknya memaklumka­n suaminya kemalangan.

“Saya pergi ke tempat kejadian namun tidak sempat melihat jenazah suami sebelum dibawa adik ke Bilik Forensik Hospital Dungun,” katanya.

Siti Aisyah berkata, dia terkilan kerana tidak sempat meminta maaf kepada suaminya ketika arwah turun ke tempat kerja.

“Saya tak sangka dia turun tergesa-gesa membawa petanda dia akan pergi menghadap Ilahi. Saya minta adik beli beberapa botol air minuman untuk saya membasuh kaki suami kerana suami adalah syurga saya,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta dinaiki Tengku Mohd Rosli (gambar kecil) yang terbabit nahas dekat Kampung Kuala Jengai.
KEADAAN kereta dinaiki Tengku Mohd Rosli (gambar kecil) yang terbabit nahas dekat Kampung Kuala Jengai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia