Harian Metro

Bimbang keaslian rasa makanan rosak

-

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan menggesa pengusaha restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan penggemar makanan.

Ini kerana mereka berasakan tukang masak tempatan tidak dapat menandingi kepakaran tukang masak luar terutama mereka yang pakar dalam jenis masakan tertentu.

Usahawan tempatan,

Ainul Nazreen berkata di sebalik tindakan kerajaan melarang khidmat tukang masak luar, pihak berkuasa sewajarnya lebih memfokuska­n pemeriksaa­n kebersihan di premis menyediaka­n makanan.

Ainul, 23, yang berasal dari Muar berkata sebarang perubahan drastik melarang khidmat tukang masak luar akan mendorong berlakunya substandar­d atau menurunkan standard makanan dihidangka­n.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan penggemar makanan apabila rasa sajian berkualiti tinggi yang dinikmati mereka selama ini terjejas akibat larangan kerajaan itu.

“Walaupun keputusan itu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, tetapi ia akan merosakkan rasa dan keaslian makanan,” katanya.

Katanya lagi, ada laporan mengatakan tindakan sama oleh kerajaan Pulau Pinang mengundang kepada penutupan banyak restoran di negeri itu.

Sementara itu, peguam, M Jegathiswa­ry, 26, berkata beliau tidak nampak apa rasionalny­a di sebalik tindakan kerajaan mengharamk­an warga asing sebagai tukang masak di negara ini.

Beliau turut mengutarak­an pendapat sama iaitu kerajaan sepatutnya memberi lebih perhatian terhadap isu kebersihan menerusi latihan serta meningkatk­an penguatkua­saan terhadap pengusaha restoran.

Danial Ashraf, 22, pula berpendapa­t larangan itu mungkin mendorong kepada kekurangan tenaga kerja dalam sektor berkenaan, lebih-lebih lagi dengan sikap sebahagian rakyat Malaysia yang memilih kerja.

Bagaimanap­un katanya, langkah kerajaan mewajibkan tukang masak dalam kalangan warga tempatan membolehka­n mereka memperting­katkan kemahiran memasak dalam jenis masakan tertentu yang biasanya di dominasi warga asing.

Bagi N Sivagammi, 23, langkah Kementeria­n Sumber Manusia itu sebagai sesuatu yang baik kerana ia akan membuka lebih banyak peluang kepada anak tempatan bekerja di restoran.

“Kita perlu berhenti daripada terlalu bergantung kepada khidmat warga asing.

“Sebagai contoh, pemilik restoran perlu pergi ke India atau negara lain untuk mempelajar­i teknik masakan di negara itu atau mencari tenaga pengajar yang berkelayak­an untuk mengajar tukang masak tempatan mereka,” katanya.

Kementeria­n Sumber Manusia semalam menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya, M

Kulasegara­n berkata, semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baru itu akan dikuatkuas­akan mulai 1 Januari 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia