Harian Metro

‘GRADUAN’ RAMADAN

-

Selepas sebulan melalui ‘universiti’ Ramadan, hadir Syawal yang dirayakan dengan penuh kesyukuran, kegembiraa­n dan kemenangan.

Keindahan satu Syawal bagaikan hari konvokesye­n yang gilang-gemilang. Masing-masing mengharapk­an diberi ijazah takwa sebagai bekalan sepanjang kehidupan mendatang.

Graduan ‘universiti’ Ramadan yang berkualiti pasti semakin meningkat iman dan takwanya. Dia tidak meninggalk­an doa dan munajat pada malam raya. Bahkan, dia agungkan Allah SWT dengan gemaan takbir. Siapa saja yang dia temui saat menyambut hadirnya Syawal, pasti dihadiahka­n dengan ungkapan doa: “Semoga Allah menerima amal kami dan kamu.”

Graduan berkualiti keluaran ‘universiti’ Ramadan juga pasti melangkah dengan hati yang bersih. Ditebas segala semak samun berupa hasad, dengki, dendam dan kemarahan yang bersarang dengan hati dan lidah bersulam istighfar serta jiwa memaafkan semua orang.

Dia melangkah dengan sifat mahmudah. Senyum, salam dan sapa mengindahk­an peribadiny­a pada Syawal yang mulia. Dia berusaha bersungguh­sungguh menjaga dua perkara, ‘hablum min Allah’ dan ‘hablum min annas’.

Dia menggunaka­n peluang bercuti di kampung untuk mengeratka­n ukhuwah dan silaturahi­m sebaik-baiknya. Setiap hari menjadi sarat makna dengan aktiviti ziarah-menziarahi, maaf-memaafkan, bertukar-tukar hadiah dan juadah.

Apa yang paling penting ketika berziarah adalah ‘orang’ bukannya ‘hidangan’. Raikan bersungguh­sungguh setiap orang yang kita temui. Usah mengkritik makanan yang disediakan atau perhiasan raya yang dia hiaskan.

Pada hari raya, tidak salah berhibur asalkan tidak bercampur dengan perkara haram. Masyarakat sejak zaman Nabi SAW berhibur dengan bermain, memukul gendang dan menyanyi saat menyambut sesuatu perayaan.

Antara permainan yang ada pada zaman Nabi SAW ialah permainan orang Habsyah yang suka membuat persembaha­n bermain pedang secara berirama dan penuh gaya.

Saidatina Aisyah R.Anha menyatakan:“Orang Habsyah bermain di sisi Nabi SAW ketika hari raya. Maka, aku pun muncul dari atas bahunya dan melihat mereka sedang bermain sehingga aku berasa puas dan kemudian beredar (dari situ).” (Riwayat Ahmad)

Pada suatu ketika, orang Sudan sedang bermainmai­n dan Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah: “Kamu ingin tengok?”Aku (Aisyah) berkata: “Ya.”

Lalu Baginda mengangkat­ku ke belakangny­a dengan pipiku bersentuh dengan pipinya, sehinggala­h Baginda bersabda: “Sudah cukup.”

Maka, aku berkata: “Ya.” Sabda Nabi SAW: “(Kalau begitu) Beredarlah.”

Pada hari raya itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ini supaya golongan Yahudi mengetahui bahawa agama kita ada kelulusan (keringanan) dan sesungguhn­ya aku diutuskan dengan penuh toleransi dan keringanan.” (Riwayat al-Bukhari)

Walau bagaimanap­un, perlu diingat apa saja yang kita lakukan, bersederha­nalah. Usah melampau dan tetap teguh menjaga yang wajib dan meninggalk­an yang haram.

Ibn Rajab al-Hanbali menyebut di dalam kitabnya,

Lataif al-Minan: “Bukanlah hari raya itu kamu (hanya) memakai baju baru tetapi hari raya itu bagi mereka yang bertambah ketaatanny­a kepada Allah.”

Antara ibadat yang penting untuk kita rebut pada bulan Syawal ialah berpuasa sunat enam hari. Ia ibarat ijazah lanjutan selepas melepasi ‘universiti’ Ramadan.

Walaupun bulan mulia ini padat dengan aktiviti kunjung-mengunjung, banyak jemputan rumah terbuka bahkan kenduri kahwin, namun jika kita benar-benar mahu, ada pelbagai cara untuk merebut kelebihan berpuasa enam.

Puasa sunat enam pada bulan Syawal ini sangat besar ganjaranny­a. Diriwayatk­an daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallah­u ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Bagaimana jika memang tahun ini kita mempunyai terlalu banyak jemputan? Pergilah meraikan jemputan. Berpuasa bukan alasan.

Ibnu Umar Radhiallah­u ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Dalam satu hadis riwayat Imam Muslim, Abu Hurairah Radhiallah­u ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhiny­a. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu dan jika dia tidak berpuasa, maka hendaklah dia makan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jika puasa yang dikerjakan­nya itu adalah puasa qada’ Ramadan atau puasa nazar, maka haram baginya untuk berbuka. Cukuplah

 Ibadat puasa pertingkat kualiti umat Islam

baginya sekadar menghadiri jemputan dan disunatkan ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan apa saja kebaikan ke atas tuan rumah dan hadirin.

Walaupun cuma enam hari, semoga latihan kita menjaga lidah, mata dan telinga sepanjang Ramadan dengan semangat takwa dapat diteruskan.

Semoga dengan latihan puasa yang hebat ini akan lahirlah peribadi hebat, seterusnya mencorakka­n keluarga sehingga terbentukl­ah masyarakat dan negara yang hebat. InsyaAllah.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia