Harian Metro

Hukum berhutang orang kafir

-

1. Dalam Surah al-Syura, ayat 30 yang bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa)…”

Adakah ayat itu bermaksud semua nabi dan rasul yang diseksa dan dianiaya termasuk kanakkanak yang dizalimi dan binatang yang disakiti tidak berhak menuntut balasan ke atas mereka yang melakukan kezaliman itu kerana kezaliman itu adalah berpunca daripada mereka sendiri?

Segala bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas nabi dan rasul, begitu juga ke atas orang yang tidak bersalah dan berdosa antaranya bertujuan supaya Allah SWT mengangkat darjat mereka.

Sedangkan penyeksaan yang dilakukan terhadap binatang sebenarnya kita tidak dapat melihat hikmah yang terselindu­ng di sebaliknya. Itu semua dalam ilmu Allah SWT pada hari kiamat nanti.

Allah SWT berkuasa menentukan segala-galanya. Ada antara mereka yang akan dimasukkan ke syurga bukan disebabkan kerana amalan mereka dan ada pula antara mereka dibalas dengan api neraka sehingga selesai segala kesalahan yang mereka lakukan.

2. Seorang kafir zimmi memberi hutang kepada seorang Muslim. Belum sempat hutang itu dijelaskan, kedua-duanya meninggal dunia.

Kafir zimmi itu tidak mempunyai waris. Adakah diambil sedikit daripada kebaikan orang Islam yang berhutang itu lalu diberikan kepada kafir zimmi itu (sebagai menjelaska­n hutangnya)?

Atau diambil sedikit daripada kejahatan kafir zimmi itu dan diberikan kepada Muslim yang berhutang itu dan adakah kafir zimmi itu akan diringanka­n seksaannya kerana memberi hutang berkenaan?

Seharusnya setiap Muslim yang berhutang menjelaska­n hutangnya sebelum kematian orang yang memberi hutang (walaupun mereka bukan Islam).

Sekiranya hutang tidak dijelaskan atau tidak sempat untuk dijelaskan sehingga kedua-duanya meninggal dunia, tertangguh­lah atas zimmahnya.

Pendapat mengenai hutang seperti berikut:

Diambil sebahagian daripada kebaikan orang yang berhutang (mengikut jumlah hutangnya) dan diberikan kepada orang yang memberi hutang berkenaan.

Diambil sedikit kejahatan orang yang memberi hutang dan diberikan kepada yang berhutang.

Orang yang memberi hutang itu akan diringanka­n sedikit seksanya pada hari akhirat (berdasarka­n jumlah hutang yang diberikan).

3. Orang yang hidup pada zaman ketiadaan nabi dan rasul iaitu selepas Nabi Isa diangkat ke langit sehingga ke saat kebangkita­n Nabi Muhammad.

Mereka dinamakan ahlul fitrah dan juga mereka yang tidak sampai seruan agama yang dibawa oleh rasul kepadanya.

Adakah mereka akan dimasukkan ke dalam syurga atau tidak?

Ahlul fitrah akan dimasukkan ke dalam syurga dengan syarat mereka tidak menyembah selain daripada Allah SWT seperti patung dan berhala.

Begitu juga dengan anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan anak orang kafir, mereka juga akan dimasukkan ke dalam syurga bukan kerana mengikut bapanya tetapi kerana mengikut amal mereka sendiri.

4. Bagaimana keadaan orang mati ketika di dalam kubur dan pada hari kiamat nanti?

Orang yang mati di dalam kubur saling ziarahmenz­iarahi dalam keadaan berbalut kain kafan masing-masing, tetapi apabila dibangkitk­an pada hari kiamat nanti, mereka akan berada dalam keadaan bogel kecuali mereka yang gugur syahid di medan perang.

Terdapat hadis diriwayatk­an daripada Saidina Ali yang bermaksud: “Orang pertama yang akan diberikan persalinan pakaian iaitu dua helai kain Qibti ialah Nabi Ibrahim dan selepas itu dikurniaka­n pula kepada Nabi Muhammad SAW kain Hibrah yang didatangka­n daripada pihak kanan Arasy sebelum mereka berdua dibawa masuk ke syurga.

“Selepas itu, barulah akan diberikan pakaian kepada sesiapa yang Allah kehendaki sebelum mereka dibawa masuk ke dalam syurga.”

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia