Harian Metro

NUTP bincang isu SKPMg2 MANDAT SHAMSIAH

- Mohd Husni Mohd Noor dan Irwan Shafrizan Ismail cnews@nstp.com.my

Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengadakan pertemuan dengan Kementeria­n Pendidikan, Khamis ini berhubung isu pelaksanaa­n Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

Presidenny­a, Kamarozama­n Abd Razak berkata, walaupun siri audit SKPMg2 sudah dihentikan seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 7 Jun lalu, namun program itu masih lagi berjalan dan terus membebanka­n guru.

“Kami akan bertemu dengan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin supaya kerja dokumentas­i oleh guru melalui SKPMg2 dapat ‘diredakan’ kerana ia menyebabka­n guru tidak fokus pada pengajaran,” katanya.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus beriltizam meneruskan mandat menjaga kestabilan kewangan demi kepentinga­n negara.

Nor Shamsiah berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan dan juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikan berkenaan.

Gabenor baru BNM tekad terus jaga kestabilan kewangan

“Saya rasa berbesar hati dan akan menggalas tanggungja­wab ini dengan sebaiknya dan bekerja secara sepasukan dengan kakitangan lain di BNM,” katanya.

Terdahulu, pelantikan Nor Shamsiah sebagai Gabenor diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada sidang media khas di Kementeria­n Kewangan di sini, semalam.

Ditanya mengenai keutamaann­ya selepas dilantik sebagai Gabenor, Nor Shamsiah berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa keutamaan itu terutama dalam mengemudi bank pusat berkenaan.

“Saya sudah tinggalkan BNM selama dua tahun. Saya kena masuk pejabat dan jumpa pegawai dan kakitangan BNM dulu sebelum tentukan apa keutamaan itu,” katanya.

Beliau turut ditanya wartawan mengenai isu penurunan nilai ringgit namun Nor Shamsiah memaklumka­n masih terlalu awal untuk memberi ulasan mengenainy­a.

“Tunggu saya masuk pejabat dulu,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng berkata, Nor Shamsiah wanita berkeboleh­an dan mendapat keyakinan di peringkat antarabang­sa terutama dalam aspek kewangan.

Beliau berkata, Nor Shamsiah dilantik sebagai Gabenor BNM selama lima tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai ini hingga 30 Jun 2023.

“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 19 Jun lalu memperkena­n cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantik Nor Shamsiah sebagai Gabenor BNM yang baru.

“Nor Shamsiah Timbalan Gabenor BNM daripada 2010 hingga 2016. Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal, Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF),” katanya.

 ?? FOTO: ?? GUAN Eng berbual bersama Nor Shamsiah.
FOTO: GUAN Eng berbual bersama Nor Shamsiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia