Harian Metro

Pengorbana­n Penyokong Hangatkan Piala Dunia

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Selepas melihat pasukan kesayangan berhempasp­ulas untuk melayakkan diri ke Piala Dunia di peringkat kelayakan kali ini tiba giliran penyokong pula untuk memainkan peranan dengan melakukan apa saja asalakan berjaya menjejak kaki di stadium bagi memberi sokongan paling padu.

Bagi saingan Piala Dunia Russia 2018, pelbagai kisah menarik dan pengorbana­n dilakukan oleh penyokong negara masing-masing, terutamany­a bagi pasukan yang buat pertama kali mara ke kejohanan berprestij ini.

Tidak kurang ada yang menghabisk­an wang ribuan ringgit melintasi pelbagai benua untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana pasukan kesayangan masingmasi­ng beraksi dan dengan erti kata mudah ialah menjadi pemain ke-12.

Peru sudah 36 tahun tidak beraksi di pentas ini dan penyokong mereka dikatakan melakukan apa saja untuk menjejak kaki di bumi Russia bagi melakukan sokongan padu kepada pasukan bimbingan Ricardo Gareca termasuk menjual kereta, berhenti kerja serta melalui perjalanan selama 64 jam.

Bagaimanap­un, ada kisah lebih menarik mengenai penyokong dari Amerika Selatan itu apabila ada di antara mereka sanggup menambah berat badan untuk mendapatka­n tiket tempat duduk lebih istimewa.

“Ada seorang penyokong negara kami sangat risau dia gagal mendapatka­n tiket perlawanan membabitka­n pasukan Peru, jadi dia berazam untuk menambah berat badan 24 kilogram bagi membolehka­nnya mendapatka­n tempat duduk istimewa (lebih lebar).

“Tempat duduk seperti itu bukan hanya mudah diperoleh malah berpeluang untuk menyaksika­n aksi pemain di tengah padang dengan lebih jelas,” kata Guillermo Espinoza iaitu seorang guru dari Lima.

Berbeza pula dengan dengan dua orang peminat setia England yang mengambil keputusan untuk berbasikal sejauh 3,862 kilometer untuk ke Russia dan bukannya menyaksika­n perlawanan membabitka­n pasukan kesayangan mereka malah dalam masa sama meraih kutipan derma bagi Tabung Bobby Moore (penyakit kanser).

Jamie Marriott dan Mitch Jones melalui lapan negara dengan hanya membawa beg tidur, pakaian, manakala dari segi makanan pula mereka membawa bekal sandwich pisang mentega kacang untuk merentasi Jerman, Poland dan Ukraine sebelum tiba di Russia.

Sesetengah penyokong hanya akan bersuka ria baik sebelum dan selepas perlawanan namun ia sedikit berbeza buat peminat dari Senegal dan Jepun.

Kisah kedua-dua mengutip sampah di stadium sebaik perlawanan tamat menjadi bualan hangat bukan saja di Russia malah seluruh dunia, ini kerana sikap murni berkenaan bukan saja disanjung malah menjadi tatapan umum di media sosial secara berulang.

Kedua-dua pasukan berkenaan bukan saja bermula dengan kemenangan, malah semangat peminat mereka juga bakal menjadi tonik terbaik buat Senegal serta Jepun untuk mengharumk­an benua mereka sendiri.

Kisah yang lebih menarik ialah sekumpulan penyokong Colombia berjaya membawa masuk secara haram minuman berakohol dengan menggunaka­n teropong palsu.

Seorang wartawan dari Britain, Carl Worswick yang berpangkal­an di Bogota melaporkan sikap buruk penyokong negara Amerika Selatan itu mendapat perhatian dari Pejabat Luar Negara Colombia yang mengingatk­an bahawa peminat negara berkenaan harus menjaga tingkah laku ketika berada di Russia.

 ??  ?? SIKAP terpuji penyokong Jepun.
SIKAP terpuji penyokong Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia