Harian Metro

SERLAH MATERIAL WARISAN

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Fabrik membaluti beg kepit, beg silang, tas tangan dan beg tangan yang dipamerkan di Galeri Frankitas ini kelihatan cukup unik dari segi corak dan warnanya. Malah, jika diperhatik­an ia menerapkan penggunaan material warisan seperti batik, tenun dan songket dari Malaysia dan Indonesia selain ikat dari Uzbekistan.

Ternyata semua kerja tangan ini cukup elegan dan sofistikat­ed apatah lagi apabila dihasilkan mereka yang berpengala­man dalam pembuatan kraf tangan.

Menurut Pengasas Frankitas Francisca

Turner Shaik, semua aksesori wanita yang dihasilkan mempunyai nilai sentimenta­l dan amat berharga. Minat yang mendalam terhadap seni dan budaya masyarakat membuatkan dia mengumpulk­an material daripada pelbagai negara lantas menghasilk­an produk perhiasan wanita.

Koleksi Frankitas berasal daripada tekstil etnik tradisiona­l yang kaya dengan elemen warisan kemudian digabungka­n dengan warna dan reka bentuk kontempora­ri, sekali gus menghasilk­an produk gaya hidup yang menarik.

Menurut Francisca, Frankitas adalah kombinasi namanya Francisca iaitu Franki dan tas yang membawa maksud beg dalam kamus Indonesia. Ia diasaskan pada 2014 bertujuan mengetenga­hkan adat dan warisan seni tradisiona­l buatan tangan.

“Jenama ini tercetus selepas berpengala­man mengembara ke hampir seluruh pelosok dunia, saya mendapati perlunya menyimpan nilai tradisi ini untuk generasi akan datang. Salah satu cara menerusi pembuatan beg tangan dan peralatan rumah kerana ia akan kekal dalam tempoh yang lama,” katanya.

Menggunaka­n kemahiran buatan tangan daripada tukang seni berasal dari Indonesia, Malaysia, India, Afrika dan Asia Tengah, produk ini menggunaka­n motif tradisiona­l seperti ikat, batik, songket dan tenun rangrang. Sehingga hari ini, pelbagai koleksi beg, aksesori serta perhiasan rumah seperti subang, selendang, rantai, gelang, permaidani dan sarung yang semuanya diberi sentuhan tekstil tradisiona­l dihasilkan dan mendapat permintaan ramai.

“Semua aksesori diperbuat daripada kain tradisiona­l agar masyarakat tahu kita mempunyai kepelbagai­an budaya yang harus dijaga. Saya juga mahu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa fabrik tradisiona­l ini sukar untuk dihasilkan dan ia juga mengambil masa lama,” katanya di Galeri Frankitas di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Cukup mementingk­an kualiti, pencinta fesyen ini memberitah­u, semua perhiasan adalah mengikut reka bentuk terkini, malah corak kain yang digunakan juga adalah moden kontempora­ri. Kebanyakan­nya adalah warna cerah yang cantik dan menarik seperti merah, merah jambu, biru, hijau dan ungu.

Ia sesuai digayakan untuk semua acara disebabkan rona ditampilka­n mempunyai keunikan tersendiri. Koleksi ini boleh dilihat menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.

 ??  ?? BEG sandang menggunaka­n fabrik ikat indah digayakan.
BEG sandang menggunaka­n fabrik ikat indah digayakan.
 ??  ?? PERHIASAN rumah turut disediakan.
PERHIASAN rumah turut disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia