Harian Metro

Bentancur Bintang Baru Uruguay

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Tumpuan perlawanan peringkat kumpulan antara Uruguay dan Mesir Jumaat minggu lalu lebih terarah kepada Edinson Cavani dan Luis Suarez namun kehadiran bintang muda berusia 20 tahun, Rodrigo Bentancur tidak boleh diketepika­n walaupun ini adaah penampilan sulungnya di pentas Piala Dunia.

Bentancur dianggap nadi pada aksi berkenaan walaupun Uruguay berjaya meraih kemenangan hasil jaringan tunggal di masa kecederaan melalui,

Jose Gimenez.

Apa tidaknya pemain Juventus itu bukan hanya diberi kepercayaa­n beraksi dalam kesebelasa­n utama selama 90 minit, malah berjaya memecah rekod Uruguay dari segi paling banyak menyentuh bola serta melakukan hantaran sempurna.

Berdasarka­n laporan Warriors Uruguay di laman sosial, Twitter Bentancur melakukan 104 sentuhan dan 81 hantaran sempurna iaitu jumlah paling banyak dilakukan oleh mana-mana pemain Uruguay sejak Piala Dunia 1966.

Bentancur adalah produk akademi terkenal di Amerika Selatan, Boca Juniors dan mula melakukan penampilan sulung bersama kelab Argentina itu pada 2015, sebelum menjadi pertukaran pemain antara kelab berkenaan bersama Juventus yang melepaskan pulang, Carlos Tevez.

Dia mula beraksi bersama Juventus tahun lalu dan meraih beberapa pengalaman berharga termasuk beraksi dalam perlawanan besar di peringkat Eropah.

Sejak aksi Jumaat lalu, Bentancur sudah sudah lapan kali bersama ‘La Celeste’ dan menyumbang­kan kekuatan di bahagian tengah buat negara berkenaan.

Ketika Cavani dan

Suarez berperanan untuk membuktika­n kehebatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia