Harian Metro

WAGS BINTANG DUNIA JADI TUMPUAN

-

pakaian dalam.

Siapa yang tidak kenal dengan isteri pertahanan tengah, Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique iaitu penyanyi Terbaik Pop Latin, Shakira.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah Shakira menyokong negara kelahiran suaminya atau skuad dari Amerika Selatan, Colombia.

Iceland kali pertama melayakan diri ke Piala Dunia namun kehadiran mereka kali ini di Russia turut mempunyai kaitan dengan salah seorang WAGS dari negara berkenaan iaitu Ratu Cantik Iceland 2008, Alexandra Ivarsdotti­r.

Dia adalah isteri kepada pemain Everton, Gylfi Sigurdsson dan mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak di zaman kanak-kanak serta membesar bersama-sama di Reykjavik.

Piala Dunia kali ini juga sangat dinanti-nanti oleh model terkenal,

Helga Lovekaty kerana ia juga bukan diadakan di negara kelahirann­ya, malah turut disertai teman lelakinya, iaitu bintang Colombia yang sekarang ini dipinjamka­n dari Real Madrid ke Bayern Munich, James Rodriguez.

Pemain sayap Perancis, Florian Thauvin tidak beraksi pada perlawanan pertama menentang Australia hujung minggu lalu, namun peminat lebih terarah kepada teman wanitanya, Charlotte Pirroni yang berusia 24.

Charlotte adalah naib juara Ratu Cantik Perancis 2015 dan muncul juara sebagai Ratu Cote d Azur pada 2014.

Neymar yang juga bintang tumpuan Brazil di Russia bukan saja hebat di atas padang malah licik ketika bercinta dan teman wanitanya, Bruna Marquizine bukan calangcala­ng, kerana pernah memenangi lima anugerah televisyen daripada tujuh pencalonan di Brazil.

 ??  ?? SHAKIRA
SHAKIRA
 ??  ?? IZABEL
IZABEL
 ??  ?? POLLY
POLLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia