Harian Metro

DEMAM PIALA DUNIA DI LIGA SUPER

-

Sekarang musim demam Piala Dunia. Mana-mana pergi pun semua orang bercerita mengenai kejohanan berprestij itu sehingga terlupa seketika dengan Liga Malaysia yang tetap diteruskan macam biasa. Malah, pemain bola sepak tempatan juga tidak ketinggala­n dijangkiti 'demam' ini hingga 15 Julai nanti.

Spy Bola sempat meninjau dengan beberapa orang pemain pasukan yang menjadi pilihan mereka untuk Piala Dunia kali ini. “Sebagai peminat Neymar, sudah tentu saya memilih serta berharap Brazil akan muncul sebagai juara. Malah, saya rasa ini adalah tahun terbaik untuk pasukan itu muncul juara kerana mereka lebih matang berbanding empat tahun lalu.

“Sebahagian besar pemain seperti Thiago Silva , Marcelo, (Philippe) Coutinho, Fernandinh­o dan Paulinho berpengala­man beraksi pada Piala Dunia yang lalu.

“Ketika mereka menjulang Piala Dunia pada 2002, saya baru berumur 3 tahun, jadi saya tidak faham sangat. Jadi, jika mereka jadi juara tahun ini tentu lebih bermakna untuk saya.

“Cuma, saya agak risau Neymar tidak mampu bermain pada prestasi sebenar kerana baru pulih daripada kecederaan dan berehat agak lama sebelum Piala Dunia.”

“Pasukan kegemaran saya adalah Jerman dan saya pilih mereka untuk menjulang

Piala Dunia 2018 seterusnya mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi empat tahun lalu.

“Walaupun tidak mempunyai pemain bintang namun kekuatan pasukan ini adalah semangat berpasukan yang tinggi yang mana pemain saling membantu sama ada ketika menyerang mahupun bertahan.

“Meskipun kalah perlawanan pertama, saya tidak bimbang kerana yakin Jerman boleh bangkit dan mara ke perlawanan akhir. Pasukan yang bakal menjadi penghalang adalah Sepanyol.

“Lebih menggembir­akan, pemain kegemaran saya, Thomas Muller masih berada dalam pasukan. Saya yakin dia masih merupakan penyerang terbaik Jerman.”

“Sebagai penyokong tegar Argentina, sudah tentu saya meramalkan pasukan itu akan menjadi juara Piala Dunia 2018.

“Apatah lagi (Lionel) Messi kini sedang berada pada prestasi terbaik. Begitu juga dengan pemain seperti (Gonzalo) Higuin, Segio Aguero dan (Angel) di Maria. Rangkaian serangan ini memang sudah terbukti kehebatan mereka.

“Bagi saya, inilah tahun terbaik untuk Argentina muncul juara kerana jika gagal kali ini, mereka perlu membentuk generasi baharu yang mungkin memerlukan masa lebih panjang untuk muncul juara.”

 ??  ?? MAHALI JASULI
MAHALI JASULI
 ??  ?? AZAM AZIH
AZAM AZIH
 ??  ?? AKHYAR RASHID
AKHYAR RASHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia