Harian Metro

KONFLIK GAJAH EMPAT DEKAD

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Konflik gajah Pygmy Borneo di Sabah terus meningkat dengan sekurang-kurangnya tujuh kes kematian haiwan liar itu direkodkan dalam tempoh 14 bulan pada 2016 sehingga tahun lalu.

Dalam tempoh sebulan antara April hingga pertengaha­n Mei lalu, enam gajah Pygmy Borneo mati di beberapa lokasi di negeri ini namun punca kematian belum didedahkan.

Kematian gajah direkodkan bukan saja di Tawau, malah Kinabatang­an dan Telupid dengan sebahagian besar haiwan liar itu ditemui dibunuh pemburu haram, selain menjadi mangsa kepada konflik dengan manusia.

Kehilangan habitat akibat penebangan hutan bagi memberi laluan kepada perladanga­n kelapa sawit di Sabah disifatkan sebagai ancaman kepada populasi itu yang dianggarka­n cuma sekitar 1,500 ekor di Sabah dalam kajian dibuat Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF-Malaysia) pada penghujung 2010.

Di Telupid, konflik itu dipercayai bermula sejak 1972 dengan kawasan pertama kali dikunjungi gajah adalah berhampira­n Sungai Labuk, bagaimanap­un kebakaran besar hutan pada 1985 dipercayai menyebabka­n gajah berhijrah sehingga tempat itu dibangunka­n dengan aktiviti pertanian.

Selepas lebih empat dekad, kehadiran gajah dikesan semula di Kampung Bauto pada 2014 dan secara purata hadir setiap tiga minggu bermula 2016, sebelum memasuki kawasan perkampung­an lain iaitu Kampung Gambaron, Liningkung, Telupid Batu 4, pekan Telupid, selain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid dan Balai Polis Telupid.

Bagi penduduk, kehadiran gajah yang semakin kerap kini pada tahap membimbang­kan kerana bukan saja dikhuatiri mengancam keselamata­n, malah menyebabka­n penduduk terpaksa berhenti menanam kelapa sawit yang menjadi makanan ‘kegemaran’ hidupan liar itu.

Pesara kerajaan, Salati Sallah, 76, antara penduduk yang terpaksa menanggung kerugian selepas hampir 1,000 pokok kelapa sawit yang ditanam dimusnahka­n gajah tanpa sempat menuai hasil, selain beberapa tanaman lain termasuk getah, ubi kayu, pisang dan kelapa.

“Pertama kali saya tanam, dua malam saja habis dimakan oleh gajah...ada 40 ekor yang datang (ketika itu).

“Kali kedua saya tanam, ia (gajah) datang, makan lagi. Tinggal satu ekar (0.4 hektar) saja (tanaman kelapa sawit), tapi itu pun sudah empat hingga enam kali gajah datang ke sini.

“Kalau boleh saya minta kerajaan bantu (ganti kerosakan tanaman) sebab sudah tiada tanaman tinggal...pindahkanl­ah gajah jauh ke tempat lain supaya tidak datang lagi ke sini,” katanya sambil berharap kerajaan menyediaka­n bantuan menggantik­an tanaman kelapa sawit yang dirosakkan gajah.

Seperti Salati, penduduk Kampung Gambaron Justian Ajin, 50, terpaksa menghentik­an rancangan menanam kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan keluargany­a sejak 20 tahun lalu apabila sejumlah 195 bibit kelapa sawit yang diperoleh menerusi skim tanaman semula daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dimusnahka­n gajah sejak 2015.

Masalah pak belalai di Sabah terus parah

 ??  ?? SEEKOR gajah yang menceroboh kawasan sekolah.
SEEKOR gajah yang menceroboh kawasan sekolah.
 ??  ?? KESAN kerosakan tanaman selepas diserang 20 gajah di Telupid.
KESAN kerosakan tanaman selepas diserang 20 gajah di Telupid.
 ??  ?? ANGGOTA JHL memindahka­n gajah yang menceroboh kawasan kampung.
ANGGOTA JHL memindahka­n gajah yang menceroboh kawasan kampung.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia