Harian Metro

‘DIA TAK KENAL KAMI’

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

Budak terbabit nahas hilang ingatan, tak boleh bercakap akibat cedera parah di otak

“Setiap kali tatap wajah Azi, mengalir air mata kami suami isteri terkenang anak lelaki, menantu dan tiga cucu yang terkorban dalam nahas jalan raya di Segamat, Disember lalu,” kata Dzulkirnai­n Yusoh, 57.

Dzulkirnai­n dan isterinya, Zaitun Othman, 51, kini menjaga satu-satunya cucu, Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 4, yang terselamat dalam kemalangan jalan raya mengorbank­an lima nyawa itu.

Lebih memilukan, Nur Ghaziyah Athirah yang dipanggil Azi masih hilang ingatan sejak enam bulan lalu berikutan kecederaan parah di otak.

“Beginilah keadaan

Azi, dia tidak kenal dan cam kami sebagai datuk dan neneknya walaupun dia amat mesra dengan kami sejak kecil.

“Lebih sedih, Azi langsung tidak boleh bercakap seperti sebelum kejadian, malah seakan-akan menderita strok dengan tidak memberi sebarang tindak balas termasuk menangis.

“Namun berkat rawatan fisioterap­i setiap minggu di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang, tangan dan kakinya kini boleh digerakkan sedikit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkibol, semalam.

Menurutnya, cucunya itu juga sudah boleh disuap bubur yang dikisar halus seminggu sebelum Aidilfitri lalu berbanding sebelum ini hanya boleh minum susu.

Dalam kejadian 6 petang, 12 Disember lalu, kenderaan dinaiki Nur Ghaziyah Athirah dan lima ahli keluargany­a merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentang­an di Kilometer 176 berhampira­n Kampung Melayu Raya, Segamat.

Kemalangan itu mengorbank­an bapa dan ibu Nur Ghaziyah Athirah, Muhamad Abu Dujanah Dzulkirnai­n, 30, dan Zinnirah Abdul Hamid, 28.

Turut maut, kakaknya, Nur Magfirah, 6, abang, Muhammad Abu Ajwad, 4, dan adik, Nur Alia Humairah, tiga bulan.

Dzulkirnai­n berkata, isterinya patah jiwa sehingga hampir tidak dapat menyediaka­n juadah Aidilfitri termasuk lodeh yang juga kegemaran anak kedua mereka, arwah Muhamad Abu Dujanah.

“Muhamad Abu Dujanah memang gemar makan masakan ibunya terutama lodeh dan kuih semperit dan akan bersungguh-sungguh setiap kali raya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZAITUN dan Dzulkirnai­n (kanan) bersama Nur Ghaziyah yang kini terlantar akibat kemalangan yang meragut seluruh ahli keluargany­a di Kampung Mengkibol, Kluang.
ZAITUN dan Dzulkirnai­n (kanan) bersama Nur Ghaziyah yang kini terlantar akibat kemalangan yang meragut seluruh ahli keluargany­a di Kampung Mengkibol, Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia