Harian Metro

TM dijangka umum khidmat jalur lebar harga mampu milik

-

Telekom Malaysia Bhd

(TM) dijangka mengumumka­n butiran lanjut mengenai perkhidmat­an jalur lebar pada harga mampu milik berkelajua­n tinggi dalam suku tahun berikutnya, bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menurunkan harga perkhidmat­an itu.

Dalam satu kenyataan, TM berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

“Kami ingin memaklumka­n TM mempunyai beberapa pertemuan dalam dialog berterusan dengan KKMM dan SKMM serta mengulangi sokongan syarikat terhadap aspirasi kerajaan mengenai perkhidmat­an berkenaan bagi negara untuk meningkatk­an daya saingnya.

“Pada masa sama, kami juga memberikan beberapa cadangan serta inisiatif dalam perlaksana­annya.

“Butiran lanjut mengenai inisiatif ini akan diumumkan oleh TM pada suku yang akan datang,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumka­n harga perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini.

Menurut beliau, penurunan harga itu berikutan pelaksanaa­n Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu yang berkuat kuasa 1 Januari 2018, yang mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmat­an yang digunakan syarikat telekomuni­kasi di pasaran.

Sebelum ini, Gobind turut menegaskan kementeria­nnya mahu hak mendapatka­n akses kepada internet sebagai satu daripada hak asasi yang dijamin dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia