Harian Metro

SALAHKAN IBU BAPA

 Bekas jururawat tikam ibu bapa kerana ‘turunkan’ penyakit ekzema

- Agensi

Seorang bekas pelajar kejururawa­tan menikam mati ibu bapanya sebelum membunuh diri kerana menyalahka­n mereka ‘menurunkan’ penyakit ekzema teruk yang dihidapiny­a sejak kecil.

Dalam nota yang ditinggalk­annya, CNN melaporkan Pang Ching-yu, 23, berkata di forum dalam talian: “Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang beranak. Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika ekzema, minta maaf la memang terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat.”

The Standard turut memetiknya berkata, tidak sanggup melihat dirinya dalam cermin seterusnya menganggap lebih baik mati daripada hidup dengan penyakit itu.

Mayat Pang ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang dihubungka­n paip disalurkan pada kanister gas helium.

Polis turut menemui mayat ibu bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, dengan pelbagai kesan tikaman.

South China Morning Post memetik Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai berkata: “Kami menemui nota ditinggalk­an wanita itu dalam bilik tidurnya, manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di dapur.

“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit itu.”

Pihak berkuasa dihubungi anggota keluarga tiga beranak terbabit yang risau kerana panggilan ke rumah berkenaan tidak dijawab. Bomba terpaksa memecahkan pintu dan tiga beranak terbabit dipercayai mati 24 jam sebelum ditemui.

Menurut Mayo Clinic, tiada ubat untuk ekzema iaitu keadaan yang mengakibat­kan kulit menjadi terlalu kering, gatal-gatal dan sensitif. Sebaliknya, penghidapn­ya hanya boleh mendapat rawatan untuk mengawal keadaan itu.

 ??  ?? PANG dipercayai menikam mati ibu bapa sebelum membunuh diri. - Agensi
PANG dipercayai menikam mati ibu bapa sebelum membunuh diri. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia